222040734_10220382226166273_5041002517221050305_n
222040734_10220382226166273_5041002517221050305_n

Kompilasi nota pecahan Tahun 3. Guru Matematik beri 5 langkah mudah. Mak ayah boleh simpan untuk anak-anak

Roshlawaty Md Raieh
11 Aug 2021 09:15pm
A
A
A

Baru-baru ini, Guru Matematik, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor berkongsi beberapa kompilasi mudah dalam memahami topik pecahan bagi murid sekolah rendah.

Nota pecahan khusus untuk murid Tahun Tiga itu telah dihasilkan dengan lukisan yang menarik dan senang untuk difahami oleh murid-murid.

Antara tajuk yang diketengahkan menerusi gambarajah ialah Pecahan, Pecahan Setara, Pecahan Bentuk Termudah, Tambah Pecahan dan Tolak Pecahan.

Secara ringkas, Cikgu Mohamad Hakim berkata, pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

“Terdapat bahagian-bahagian pada pecahan iaitu Pengangka (angka yang terletak di atas) dan Penyebut (angka di bawah).

“Manakala jenis-jenis pecahan pula ialah Pecahan Wajar ( Pengangka lebih kecil daripada Penyebut), Pecahan Tak Wajar (Pengangka lebih besar daripada Penyebut), Pecahan Setara (dua pecahan yang sama nilainya) dan Nombor Bercampur (terdiri daripada Nombor Bulat dan Pecahan Wajar),” katanya kepada GPSBestari.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Untuk memahami dengan lebih mudah, mari kita lihat gambarajah yang dilukis Cikgu Mohamad Hakim untuk pastikan murid-murid cepat faham dan dapat menjawab latihan Matematik dengan baik.

Ini lima kompilasinya.

Baca juga Jepun masih guna papan hitam dan kapur dalam pembelajaran, rupa-rupanya kerana sebab ini… 

Baca juga Hannah Mumtaz harumkan nama negara di peringkat dunia

Baca juga “Jangan malukan anak-anak,” – antara 7 tip komunikasi Dr Norzila kongsi untuk ibu bapa

Baca juga 5 tip pastikan bateri telefon tahan lama 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok