Untitled design
Untitled design

"Letih memanglah letih, tapi jujur...saya seronok menjadi guru" - Ustaz Ahmad Fauzi

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
14 Jan 2022 03:21pm

Ramai yang mahu menjadi guru, tapi secara jujurnya, adakah mereka benar-benar seronok berada dalam bidang yang makin mencabar pada masa kini.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Miri (SMKAMi), Sarawak, Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob yang sudah 27 tahun bergelar pendidik berkata, keseronokan sebagai guru tidak dapat dijual beli.

“Bila kita ada ‘jiwa’ sebagai pendidik, semuanya pasti akan menjadi indah.

“Macam saya sendiri, pelbagai momen manis yang telah dilalui dan ia bertambah indah apabila melihat ramainya bekas pelajar yang telah berjaya membina karier dalam bidang masing-masing,” ujarnya.

Berkongsi kegembiraan dan keseronokan bergelar pendidik, Ustaz Ahmad Fauzi menulis sedikit catatan menerusi laman Facebook pada 16 November lalu.

Cukup indah catatan tersebut. Semuanya tentang pengalaman menjadi guru dan kisah bersama anak-anak didiknya.

Mari ikuti apa yang ditulis oleh ustaz yang sangat disegani dan disayangi ramai ini.

*****

Seronok jadi guru...

Dari rambut hitam sampai beruban dah.

Letih memanglah letih cikgu zaman sekarang ni

Kalau nak kejar pangkat, gelaran, guru bukan tempatnya.

Tapi, nikmat menjadi guru ni bila kita lihat anak-anak murid kita berjaya dalam bidang masing-masing.

Ada yang ingat kepada cikgu-cikgunya, ada juga sorang dua yang lupa bila dah berjaya, tapi jangan ambil hati sangat, yang penting kita dah berjaya menggembirakan mereka dengan jawatan yang mereka sandang.

Saya ada dua, tiga orang bekas pelajar yang bekerja sebumbung dengan saya sekarang, seronok tengok mereka berkerjaya.

Doa daripada seorang guru untuk anak-anak muridnya dan bekas anak-anak muridnya tidak pernah putus. Saya harap begitulah sebaliknya.

Apabila meninggal dunia seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya" - (Riwayat Muslim)

"Bahawasanya ALLAH SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia" - (Riwayat Tarmidzi, Katanya Hadis Gharib)

Sementara itu, perkongsian Ustaz Ahmad Fauzi mengenai kerjaya guru telah mendapat maklum balas positif dalam kalangan kenalan guru ini.

Antara yang memberi komen ialah:

Amalulalam Shani: Itulah hakikatnya ustaz. Sememangnya guru itu adalah pewaris tamadun dan pembina akhlak.

Salina Omar: Betul ustaz. Satu kepuasan dalam jiwa yang tidak dapat dibeli di kedai atau supermarket, alhamdulillah.

Nur Diyana Wahid: Terbaik ustaz. Semoga terus mendidik anak bangsa menjadi bangsa berjaya dan berakhlak mulia.

Wan Nordin: Alhamdulillah, sama-samalah kita menjalankan amanah sebagai murabbi, semoga kita semua diberkati, dirahmati hendakNya

Badrul Nisak Ahmad: Kagum dengan idea dan kejayaan ustaz. Moga dapat jadi inspirasi.

Sulaiman Hasim: Padu yang sungguh mantap. Moga kekal sihat dan kekal cemerlang.

Roslan Mansor: Sebutir cahaya kebaikan pastinya akan membuatkan tersebarnya cahaya kebaikan kepada insan-insan lain. Teruskan dan terbaik!

Rushdi Muhammad Yusuf: Ustaz Ahmad Fauzi murabbi yang terbaik, juga mentor saya sewaktu first posting ke Miri.

Syariff Affendy Matjeraie: Betul tu Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob. Sebagai guru, kita rasa gembira dan puas hati apabila melihat anak murid kita berjaya sama ada dalam peperiksaan atau dalam kerjaya masing-masing. Paling kita rasa seronok, murid yang tidak berapa menyerlah di sekolah berjaya. Seronoknya menjadi seorang guru. Seperti yang ustaz kata tadi ada murid kita yang amat berjaya tapi, tidak berapa ingatkan kita. Di mana salah silapnya kita? Bagaimanapun bilangannya tidak ramai. Masalah ini saya percaya universal. Mengapa mereka bersikap bergitu? Boleh dibuat kajian. Bagaimanapun ini tidak mematahkan semangat kita sebagai guru.

Nazri Ishak: Pengetua hebat. Tahniah!

Sumber: Facebook Ahmad Fauzi Bin Yaakob

Artikel berkaitan 

“Elaun rendah, tugas pula terlalu susah” – Realiti seorang warden asrama

“Mak, doakan Pika jadi guru” – Graduan UPSI luah kegembiraan, jadi pendidik di bawah pengambilan guru secara one-off

(VIDEO) Cikgu sayu lihat keadaan rumah murid Tahun 1 selepas pemergian ibu akibat kanser mulut


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp