Kumpulan Paw-Away Repellent Spray dan PalmFuel Igniter berjaya meraih Anugerah Lima Terbaik (Tempat Kedua), dua pingat emas dan pemenang Anugerah Pilihan Panel sekali gus mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.

Dua kumpulan inovasi muda SK Bandar Anggerik gegar Bangkok! Bawa pulang emas & pengiktirafan panel

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
20 Feb 2026 02:41pm

Dua kumpulan inovasi muda dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Anggerik, Shah Alam, Selangor mencuri tumpuan apabila memenangi pelbagai anugerah dalam pertandingan World Youth STEM Invention Innovation (WYSII) 2025 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Kumpulan Paw-Away Repellent Spray dan PalmFuel Igniter berjaya meraih Anugerah Lima Terbaik (Tempat Kedua), dua pingat emas dan pemenang Anugerah Pilihan Panel sekali gus mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa.

Menurut guru pembimbing, Cikgu Hasniza Mustaffa, tahun ini menandakan kejayaan kelapan SK Bandar Anggerik menembusi arena inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Idea-idea inovasi ini lahir daripada isu sebenar di sekolah kami.

No Image Caption

"Dengan sokongan beberapa pensyarah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan bimbingan pakar daripada Dr Sharil Fadli Mohamad Zamri, Dr Sabrina M Yahaya, Norjanah Yuri, Dr Shadatul Hanum Rashid dan Dr Amirah Amalina Ahmad Tarmizi, kami mampu melangkah lebih jauh," jelas beliau.

Berikutan kejayaan ini, Cikgu Hasniza berharap anak-anak didiknya dapat menghasilkan produk inovasi yang memberi impak besar dan kekal lestari untuk masyarakat kelak.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Terdahulu, kumpulan Paw-Away Repellent Spray disertai Nur Zareen Qairina Muhammad Faizal dan Safea Ayuni Sharil Fadli.

Manakala PalmFuel Igniter dianggotai Irene Adra Muhammad Iman, Nurul Aisyah Hafiz dan Adra Zahraa Tajul Akhmal. 

No Image Caption

Ringkasan AI

  • Dua kumpulan inovasi muda dari SK Bandar Anggerik, Shah Alam memenangi anugerah di WYSII 2025 di Bangkok
  • Mereka meraih Anugerah Lima Terbaik Tempat Kedua, dua pingat emas dan Anugerah Pilihan Panel
  • Ini adalah kejayaan kelapan SK Bandar Anggerik di arena inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Projek inovasi terbantu oleh pensyarah UiTM dan pakar
  • Kumpulan Paw-Away Repellent Spray dan PalmFuel Igniter mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp