138990
138990

“Elaun rendah, tugas pula terlalu susah” - Realiti seorang warden asrama

Mohd Khairi Mohamad Yusri
14 Dec 2021 09:57am
A
A
A

Baru-baru ini kecoh di negara kita mengenai sebuah video buli yang tular di media sosial di mana dalam video tersebut kelihatan beberapa pelajar sedang membuli seorang rakannya ketika di asrama.

Siasatan lanjut mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak.

Susulan tularnya video tersebut, ramai pihak dilihat mempersoalkan akan tugas dan kewujudan warden asrama di sekolah berkenaan.

Artikel kali ini bukan lah ingin menyentuh kandungan video tersebut, namun sebenarnya lebih terarah tugas individu yang sepatutnya menjaga hal ehwal murid ketika sedang berada di asrama iaitu warden.

Semua pihak perlu sedar bahawa seorang warden juga merupakan seorang guru, dimana tugas mereka tidaklah hanya mengambil tahu akan keadaan murid, malah semua deskripsi tugas guru juga perlu digalas mereka, sudah tentu individu yang menjadi warden kadang merasa tidak lepas tangan dengan situasi tersebut.

BACA JUGA: Instagram memperkenalkan ciri kawalan ibu bapa pada tahun depan

BACA JUGA: Pelajar robotik tukar lightning port iPhone X menjadi USB type-C, kemudian jual pada RM 357,721

Malah baru-baru ini Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) turut menyuarakan isu ini dan meminta agar kerajaan mewujudkan profesion warden secara sepenuh masa.

GPSBestari tertarik dengan sebuah hantaran oleh Mohd Nizam Abdul Latif pada tahun 2019 yang kembali tular di Facebook. Menurutnya, tugas warden sebenarnya merupakan satu tugas yang sangat berat yang apa yang diterima oleh seorang warden sebenarnya tidak sepadan dengan apa yang perlu mereka lakukan.

Mari baca perkongsian tersebut di bawah.

*****

ELAUN WARDEN HANYA RM240 SEBULAN SEDANGKAN TERPAKSA BERTUGAS 24 JAM.

Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan kes mangsa buli menang kes dengan saman sebanyak RM616, 634.20.

Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis sindiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja.

Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden ni hampir semua guru menolaknya. Hampir SEMUA...

Yang ada menjadi warden biasanya kerana terpaksa sahaja.

Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240, cuma itu.

Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.

Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena, asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising.

Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karenah.

Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar(fly atau runner istilah budak-budak). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angkara, main bola pasti cermin tingkap ke,cermin sliding door bilik prep ke ada yang teramat pasti pecah berkecai.

Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asna. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang histeria, yang menceroboh asrama wanita dan sebagainya lagi.

Semua itu tugas warden untuk mengawal semua sekali.

Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara?

Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusuh. Ada kes buli sampai luka-luka.

Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau.

Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat empat ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat.

Dan saat ada kes buli di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24,000 pula.

Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku.

Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes buli dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa.

Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, mengorbankan segala masa dan tenaga.

Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan di bahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya.

BACA JUGA: Norma baharu: UTeM edar jubah konvokesyen kepada graduan secara pandu lalu

BACA JUGA: Tular lagi video buli, Maszlee harap pihak berkuasa ambil tindakan

Sungguh aku simpati pada rakan sejawat ini. Sungguh!

Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungut. Aku sendiri tulis empat tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru.

Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden.

Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita.

Dan buat guru-guru yang disaman, semoga terus kuat dan tabah.

Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukum atas satu kecuaian kita sahaja.

Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dianiaya dan dipersenda sesuka hati.

Sekian.

#MFS

- Cubit peha kiri, peha kanan turut terasa -

Sekolah pon dah nak buka… nak daftar asrama, mak bapak ingat kita ni kuli batak ke nak bersihkan dorm ke,repair loker ke,repair toilet ke,repair kipas ke...Mana anak-anak murid aku yang dulu yang kena REMBAT tu harap-faham faham lah yer...

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok