windows-Pmu6-i4iyNE-unsplash
windows-Pmu6-i4iyNE-unsplash

Gunakan kaedah Pomodoro untuk kekal fokus, menarik untuk diamalkan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
21 Jul 2021 01:37pm
A
A
A

Pernah tak, bila tengah belajar topik A, tiba-tiba pula rasa macam mahu langkau ke topik B walaupun baru 5 minit membuka lembaran di topik A? Susah betul nak fokus!

Kesannya anda langsung tidak dapat memahami dan mengingati satu pun yang telah dipelajari.

gambar hiasan

Tahukah anda ada satu teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini iaitu Pomodoro.

Matlamat teknik ini adalah untuk mengurangkan kesan gangguan dalaman dan luaran pada fokus dan keupayaan anda untuk memahami pelajaran.

Teknik pomodoro adalah kaedah pengurusan masa yang dikembangkan oleh seorang pelajar yang turut menghadapi masalah untuk fokus iaitu Francesco Cirillo.

Bagaimanakah teknik ini digunakan

Teknik secara asasnya ini menggunakan pemasa untuk membahagikan kerja menjadi beberapa bahagian, iaitu selama 25 minit dan dipisahkan dengan satu masa rehat pendek.

Setiap bahagian itulah yang dikenali sebagai pomodoro, iaitu perkataan Itali yang bermaksud tomato, diambil sempena masa yang digunakan Cirillo.

jam masa yang berbentuk tomato

Secara asasnya, terdapat enam langkah dalam teknik asal seperti diperkenalkan oleh Cirillo yang boleh anda ikuti.

1. Pertama sekali seseorang perlu menentukan tugas yang akan dilakukan

2. Kemudian tetapkan pemasa pomodoro (iaitu selama 25 minit)

3. Laksanakan tugas-tugas tadi dalam masa yang diberi

4. Jika loceng pemasa sudah berbunyi, berhenti daripada melakukan kerja secara serta merta dan ambil sedikit masa untuk berehat iaitu sekitar 5 hingga 10 minit.

5. Kemudian ulang langkah 2 sehingga tiga kali pomodoro.

6. Setelah ketiga-tiga pomodoro selesai, barulah anda boleh mengambil rehat yang agak lama iaitu selama 20 hingga 30 minit.

gambar hiasan

Semasa teknik ini digunakan ia tidak boleh dibuat secara berasingan. Jika anda diganggu semasa melakukan teknik pomodoro ini, gangguan tersebut hendaklah diabaikan atau anda mesti berhenti daripada menggunakan teknik ini.

Anda perlu bermula dari awal.

Setelah selesai sahaja melaksanakan mengulangkaji menggunakan teknik pomodoro ini, anda disarankan untuk mengkaji semula apa yang baru diselesaikan.

Sebagai contoh tanya diri tentang apakah objektif dan hasil pembelajaran apa yang anda capai? Adakah semuanya sudah dicapai?

Semak juga senarai tugasan yang perlu anda buat pada masa hadapan. Mula merancang untuk tugasan tersebut menggunakan teknik ini.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memahami pelajaran dengan lebih baik dan membantu untuk kekal fokus ketika sedang belajar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok