Tun Ramli (dua dari kanan) menyampaikan Piala PMX 'Prestasi Terbaik Keseluruhan Peserta Malaysia' kepada Ree Herng (dua dari kiri) pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN ke-23. Foto: Bernama
Tun Ramli (dua dari kanan) menyampaikan Piala PMX 'Prestasi Terbaik Keseluruhan Peserta Malaysia' kepada Ree Herng (dua dari kiri) pada Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN ke-23. Foto: Bernama

Luar biasa! Ree Herng dari SMK Damansara Jaya rangkul Piala PMX di Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN+ ke-23

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
09 Jul 2025 05:35pm

Kejayaan membanggakan dicatat oleh pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Selangor, Shen Ree Herng, 15, apabila diumumkan sebagai penerima Piala PMX 'Prestasi Terbaik Keseluruhan Peserta Malaysia' dalam Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN+ ke-23 di Berjaya Hotel, Pulau Pinang.

Piala berprestij itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib dalam Majlis Makan Malam dan Penyampaian Hadiah rasmi kejohanan yang turut dihadiri Presiden Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA), See Swee Sie.

Ree Herng yang mewakili Selangor dalam kategori bawah 16 tahun, muncul sebagai peserta terbaik negara selepas menamatkan pertandingan di kedudukan kelima daripada 30 peserta, dengan saingan utama pencatur Vietnam yang mengungguli kategori tersebut.

"Saya sangat terkejut dipilih menerima Piala PMX. Ia bukan sahaja satu penghargaan, tetapi juga motivasi untuk saya berusaha mencapai gelaran Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) Master selepas ini," ujarnya.

Ree Herng
Ree Herng

Mengulas lanjut, Ree Herng berkata, dia mula berjinak-jinak dalam dunia catur sejak usia tujuh tahun.

Kini, pelajar SMK Damansara Jaya itu sedang menjalani latihan intensif bersama jurulatih peribadi bagi memantapkan strategi dan prestasi permainan.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Kejohanan Catur Kumpulan Umur ASEAN+ ke-23 yang berlangsung dari 1 hingga 8 Julai, menghimpunkan lebih 400 pencatur muda dari 21 negara.

Antara yang terlibat adalah negara-negara ASEAN dan rakan dialog seperti Amerika Syarikat, China, Rusia, India, Korea Selatan dan Jepun.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp