"Terima kasih cikgu" - Ucapan ringkas tukang kebun sekolah buat ramai warganet rasa sebak!
"Memberi kadangkala tidak perlu untuk kita pergi jauh, depan mata pun sudah ada"
Ini kata Cikgu Maisarah Hannan Chong Abdullah kepada wartawan Sinar Bestari, baru-baru ini.
Menurut Guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Cecilia, Sandakan, Sabah, sekeliling kita sebenarnya ramai yang memerlukan bantuan
"Di sekolah misalnya, ada individu-individu yang memerlukan bantuan daripada kita. Bantuan berupa keperluan makanan, kebersihan diri dan banyak lagi memang mereka harapkan.
"Cuma kita yang kadangkala tak nampak kesusahan insan-insan ini. Maafkan kami," ujar guru muda ini.
Menurut Cikgu Maisarah Hannan, di sekolah tempatnya mengajar, ada seorang tukang kebun yang dikenali sebagai Mohd Amin Hammu.
Dia sangat menjaga kebersihan kawasan sekolah tanpa mengira masa. Rajin menanam dan menjaga kesuburan pokok-pokok bunga serta banyak lagi.
Kata guru ini, Pakcik Mohd Amin sudah lama berkhidmat di sekolah tersebut.
"Ada cerita tentang dia yang ingin saya kongsikan kepada semua. Moga ia memberi satu pengertian bermakna buat kita," ujarnya.
*****
CATATAN APRIL 2021
Sosok tubuh tua ini adalah pakcik tukang kebun dan juga pembersihan di sekolah saya. Sudah agak lama juga dia berkhidmat di sini.
Kerana adanya tugasan yang perlu diselesaikan segera, maka dengan rela dan gembira saya turunlah ke sekolah.
PKP tak PKP, kerja hakiki wajib disiapkan. Rindu dengan suasana sekolah juga sebenarnya. Alang-alang sudah berada di sekolah, saya cari pakcik untuk dibawa berbual seperti biasa...Hajat tersirat nak bagi sumbangan barangan dapur Ramadan sebenarnya.
Sepanjang menguruskan makanan percuma untuk murid waktu rehat, selalunya bahagian pakcik akan saya asingkan siap-siap. Bolehlah untuk dia buat minum petang.
Bagilah apa saja. Sikit atau banyak. Pakcik tetap tersenyum menyambutnya dengan balasan ucapan "Terima Kasih Cikgu."
Hidup ini begitulah. Kadang-kadang kita tak perlu pergi jauh untuk ciptakan moment kasih sayang.
Lihat saja yang terdekat pasti ada peluang di situ. Cuma saja kadang kita tak perasan. Nampak tak, ruang dalam menyebarkan kebaikan itu sebenarnya luas.
Adik dan abang...MEMBANTU tidak hanya sekadar memberi. Memberilah untuk menjadi INSPIRASI pada yang lain agar dapat bersama menyebarkan KEBAIKAN.
Sumber: Facebook Maisarah Hannan
Artikel berkaitan
“Baju kotor dan lambat sangat datang ke sekolah, kenapa?”
(VIDEO) Guru ini pertaruh nyawa sebelum tiba ke sekolah, inilah wira negara yang sebenar
Genggam PhD pada usia muda, Zulfati Izazi kini pensyarah hebat di Korea