G7WPYE3NRVLXJBG4JQURQT7XEE
G7WPYE3NRVLXJBG4JQURQT7XEE

Tidak dapat hadir ke sekolah, pelajar di Berlin hantar robot avatar ‘hadir’ ke kelas

Adlan Farhan Azwan
27 Jan 2022 04:52pm
A
A
A

BERLIN - Siapa sangka teknologi canggih yang ada pada hari ini akhirnya membolehkan robot menggantikan anda untuk pergi ke sekolah. Bunyi seperti tidak masuk akal tetapi itulah yang terjadi di Berlin.

Seorang pelajar sekolah Pusteblume-Grundschule di Berlin, Joshua Martinangeli, 7, menghantar robot avatar ke sekolah bagi menggantikan diri yang tidak mampu hadir kerana mengalami masalah kesihatan.

Baca juga Kem Smart Robotic fokus pendidikan STEM, peserta teruja sertai program sempena cuti sekolah

Baca juga Sekolah di UK perkenalkan kamera pengecaman muka di kantin untuk transaksi makanan

Ibu Joshua, Simone Martinangeli, berkata, Joshua tidak dapat ke sekolah kerana terpaksa memakai tiub di leher yang berpunca daripada penyakit paru-paru teruk yang dialaminya.

Meskipun tidak dapat hadir secara fizikal, Joshua masih boleh berinteraksi dengan guru dan rakan sekelas melalui robot yang turut sama hadir di dalam kelas dan akan menghantar isyarat apabila dia ingin bercakap sesuatu.

Pengetua Pusteblume-Grundschule, berkata proses pembelajaran robot berkenaan berjalan seperti biasa membabitkan proses berkomunikasi, bergelak ketawa dan kadang-kala berbual ketika pengajaran sedang dijalankan seperti mana pelajar biasa.

Menurut Ahli Majlis Pendidikan Daerah, Torsten Kuehne, projek ini adalah inisatif persendirian yang dibiayai oleh Majlis Tempatan Daerah Marzahn-Hellersdorf.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Kami merupakan satu-satunya daerah di Berlin yang memperoleh empat robot avatar untuk penggunaan sekolah. Idea ini tercetus ekoran daripada pandemik Covid-19 yang melanda tetapi saya rasa usaha ini akan berterusan pada masa hadapan.

"Ia kerap berlaku apabila pelajar tidak dapat hadir ke kelas atas sebab tertentu. Jadi, robot avatar ini mampu memberi peluang kepada pelajar agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran dan kekal sebagai sebahagian daripada komuniti sekolah,” katanya ketika ditemui Reuters.

Dalam pada itu, Kuehen juga memaklumkan bahawa beliau sudah membawa kertas cadangan projek berkenaan ke perbincangan politik di peringkat negeri.

Sumber: Reuters

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok