O-som! Permainan psikologi, dipertandingkan di peringkat antarabangsa
O-som atau o-jus merupakan permainan tangan yang juga dikenali dengan panggilan ‘Rock Paper Scissors’ (RPS).
Ia sangat popular terutama pada kanak-kanak.
Meskipun nampak mudah, tetapi permainan tersebut sebenarnya mampu membentuk psikologi pemain supaya cekap merancang strategi kemenangan dan menghadapi konflik permainan.
O-som juga dianggap terlalu ringkas dan kuno, namun permainan ini telah diangkat menjadi pertandingan di peringkat antarabangsa oleh Word Rock Paper Scissors Association (WRPSA) sejak tahun 2004.
Kejuaraan pertama telah berlangsung di Amerika Syarikat dan dimenangi oleh Lee Rmmage.
Cara bermain o-som!
WRPSA bertanggungjawab menetapkan tiga isyarat tangan dalam kejuaraan ini bagi mengekalkan keaslian.
Batu merujuk kepada keadaan tangan yang menggenggam, gunting pula memerlukan jari telunjuk dan tengah pemain lurus, sementara jari lain akan mengepal dan kertas, tapak tangan mesti terbuka luas.
Persatuan tersebut juga merancang garis panduan permainan di peringkat antarabangsa.
Pertama, O-som dimulakan dengan penyertaan dua atau lebih pemain yang berbadan tegap dan sasa di mana mereka akan berlawanan antara satu sama lain.
Permainan ini juga tidak memerlukan atlet yang cergas bersukan, cukup sekadar mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kedua, pemain yang memberi isyarat batu sementara pihak lawan tunjuk gunting, maka, batu akan menang.
Batu lawan gunting, batu menang kerana ia bersifat keras.
Ketiga, jika peserta menunjukkan batu bagi melawan kertas, jadi kertas akan juara.
Batu lawan kertas, kertas menang kerana permukaan batu itu licin.
Keempat, sekiranya kertas lawan gunting, maka, gunting akan menang.
Kertas lawan gunting, gunting menang kerana kertas mudah terkoyak.
Namun, jika mereka memberikan isyarat yang serupa, o-som perlu dipertandingkan semula.
Kemudian, pemenang akan dipilih berdasarkan pemain yang telah skor sebanyak lima kali dalam satu-satu pusingan.
Artikel berkaitan
Asah minda pelajar dengan Wordle, permainan perkataan tular di laman Twitter
9 cara menghentikan tabiat makan berlebihan, elak obesiti
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok