WhatsApp Video 2022-02-17 at 9.04.09 AM
WhatsApp Video 2022-02-17 at 9.04.09 AM

(VIDEO) Murid ke sekolah pakai selipar, guru hadiahkan kasut anaknya

Rasyidah Zulkifi
17 Feb 2022 08:30am
A
A
A

Tular video murid sekolah rendah yang kurang bernasib baik hadir ke sekolah dengan memakai selipar melalui akaun TikTok Cik Puan Gojes yang juga merupakan seorang guru.

Pada mulanya Cik Puan Gojes sekadar ingin merakam video sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP).

Baca juga

(VIDEO) Beg sekolah berat? Guru ini kongsi inisiatif sekolah ringankan beban murid

(VIDEO) Gagal patuhi peraturan, tindakan guru ini dianggap keterlaluan

Lama-kelamaan, dia menyedari anak muridnya itu tidak memakai kasut sekolah.

[video width="480" height="848" mp4="http://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Video-2022-02-17-at-9.04.09-AM.mp4"][/video]

Ketika ditanya kenapa tidak memakai kasut sekolah, pelajar itu menjawab kasutnya hilang.

Guru tersebut bertanya lagi, kenapa tidak beli kasut baru? Lalu murid itu menjawab dia tidak mempunyai wang.

Difahamkan, bapa murid perempuan itu tidak bekerja kerana menghidap strok otak, manakala ibunya pula suri rumah yang menjaga ayahnya terlantar sakit.

Kebetulan, guru wanita itu mempunyai sepasang kasut sekolah anaknya yang masih baru disimpan di bilik guru.

Dengan penuh rasa prihatin, dia berhasrat untuk menghadiahkan kasut sekolah berwarna hitam itu kepada murid tersebut.

Selama ini guru itu tidak menjumpai pemilik kaki yang muat dengan saiz kasut anaknya.

Apabila saiz kaki murid berkenaan muat dengan kasut baru tersebut, maka murid itulah ‘Cinderella’ yang dicari-dicari sepanjang tiga hari.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Terkini, video tersebut berjaya meraih 2.7 juta tontonan dan 289,000 tanda suka daripada warganet.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok