pexels-fauxels-3184292
pexels-fauxels-3184292

10 pekerjaan unik yang mungkin pelajar tidak pernah ketahui

Adlan Farhan Azwan
24 Feb 2022 06:26pm
A
A
A

Sebaik saja menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT), pelajar pasti buntu untuk menentukan hala tuju kehidupan dan kerjaya masing-masing.

Namun, tahukah anda semua bahawa terdapat banyak pekerjaan yang unik dan tidak pernah diketahui orang ramai yang boleh diterokai.

Rata-rata pekerjaan ini juga mampu memperoleh gaji yang tinggi disebabkan tidak ramai yang sanggup melakukan pekerjaan tersebut.

Pekerjaan berikut berkemungkinan tidak mengikut citarasa semua orang, tetapi percaya atau tidak, ia sebenarnya pekerjaan yang dilakukan oleh manusia, bukannya robot. Ada antaranya kedengaran agak pelik dan tidak masuk akal, tetapi inilah yang berlaku dalam dunia pekerjaan pada hari ini.

Berikut adalah 10 pekerjaan paling unik di dunia:

1)Tidur secara professional

Sebuah hotel di Finland membayar kakitangan untuk 'tidur secara profesional' bagi menguji keselesaan katil mereka. Individu itu tidur di katil hotel yang berbeza setiap malam dan memberikan ulasan tentang kepuasannya dengan setiap katil.

2) Pemerhati cat pengeringan:

Siapa sangka, memerhati cat untuk kering juga boleh dijadikan sebagai salah satu pekerjaan. Seorang lelaki di United Kingdom (UK) kini mempunyai pekerjaan tersebut dan dia telah menghabiskan hari-harinya mengecat kepingan kadbod untuk menguji ketahanan campuran cat baharu untuk kering dan melihat perubahan dalam warna dan tekstur.

3)Menonton Netflix sepenuh masa

Bayangkan anda dibayar untuk menonton televisyen sepanjang hari. Netflix telah mengupah seseorang untuk menonton semua kandungan mereka sebelum ia tersedia kepada orang ramai dan peranan mereka adalah untuk menyemak dan menetapkan setiap program dengan kategori yang betul.

4)Penolak kereta api

Jika anda rasa London Underground sudah sesak dan padat dengan orang ramai, anda harus melihat kereta api di Jepun. 'Oshiyas' diupah untuk membantu memastikan penumpang dimasukkan ke dalam kereta api dengan menolak mereka dari luar sehingga pintu akan ditutup.

5) Berkabung secara profesional

Sudah menjadi tradisi di Asia Tenggara bahawa pengebumian dengan tangisan yang kuat. Ia dipercayai akan membantu si mati semasa mereka pergi ke alam selepas kehidupan. Jadi, pihak yang melaksanakan upacara pengebumian akan membayar individu untuk menangis kuat sepanjang perkhidmatan.

6) Pemerah racun ular

Tugas ini memerlukan pekerja untuk mengumpul racun ular berbisa dalam balang untuk digunakan dalam anti-bisa dan ubat-ubatan lain.

7) Penguji makanan anjing

Tugas penguji makanan anjing adalah untuk merasai produk makanan anjing baharu, termasuk tulang, daging tin dan biskut. Mereka melakukan sedemikian untuk menguji rasa dan tekstur berbanding dengan jenama makanan anjing saingan dan makanan manusia.

8) Menghidu bau

Untuk menguji keberkesanan produk baharu, penghidu bau akan diupah bagi menghidu nafas, kaki dan ketiak sukarelawan. Mereka memastikan penilaian mereka adalah tepat. Kakitangan juga telah diuji deria bau mereka setiap bulan.

9) Dibayar untuk merasa produk Marmite

Sebagai sebahagian daripada individu merasa Marmite, pekerja ini bertanggungjawab untuk memeriksa setiap penghasilan Marmite mempunyai tekstur, konsistensi dan rasa yang betul. Seorang pekerja yang sudah bekerja sepanjang 30 tahun dikatakan telah memakan lebih kurang 3,000 balang marmite.

10) Penghantar piza selam skuba

Terdapat hotel bawah air di Florida. Jadi, pihak hotel terpaksa membayar seorang penghantar selam skuba untuk menghantar makanan berkenaan kepada pelanggan melalui laut di dalam bekas kedap air

Artikel berkaitan 

Pakar Zoologi, bidang pekerjaan yang sesuai buat pencinta haiwan

5 kemahiran graduan perlu ada sebelum memasuki alam pekerjaan

UPM galak mahasiswa sertai kelas asas selam skuba


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok