Untitled design (6)
Untitled design (6)

4 filem bertemakan pendidikan yang menyentuh jiwa.

firdaus.hanafi
26 Jan 2023 02:07pm
A
A
A

Filem yang berlatarbelakangkan dunia pendidikan bukanlah sesuatu yang baharu untuk ditonton.

Mengetengahkan suasana sekolah, universiti, guru, pensyarah, pelajar dan juga mahasiswa, filem sebegini dilihat cukup dekat dengan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Filem-filem sebegini lazimnya bukan sahaja mampu menyentuh hati golongan pelajar dan pendidik, bahkan sekiranya menampilkan tema baik, ia mampu memberikan sentuhan rasa baharu terhadap siapa sahaja yang menonton.

Yang pasti, sesebuah karya yang membawa isu pendidikan ini akan terus kekal relavan dengan peredaran zaman.

Untuk itu, hari ini, Sinar Bestari kongsikan kepada anda empat buah filem menarik bertemakan pendidikan untuk tontonan bersama.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=e1SxNP7PWAc[/embed]

1) Laskar Pelangi (2008)

Filem dari Indonesia ini diinspirasikan dari novel karya Andrea Hinata yang menceritakan tentang sekumpulan anak-anak dari Sekolah Dasar (sekolah rendah di Malaysia) yang belajar dalam keadaan serba daif.

Ia juga berkisarkan kegigihan guru mereka yang mahu terus meneroka pontensi anak muridnya untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan dengan sekolah lain yang lebih maju.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=DKzBmRRdPXo[/embed]

2) 3 Idiots (2009)

Filem Bollywood keluaran tahun 2009 ini menjadi antara filem Hindi yang terbaik dan terus disukai sehingga kini. Mengisahkan persahabatan tiga sekawan dalam menempuhi alam pembelajaran di universiti.

Antara intipati kandungan filem ini yang membuatkannya terus diminati adalah ia mengajar anda untuk mengejar impian, pekakkan telinga kepada tomahan daripada mereka yang memandang rendah kepada anda dan juga semestinya, nilai persahabatan.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=ReIJ1lbL-Q8[/embed]

 

3) Good Will Hunting (1997)

Dari Bollywood, kita pergi ke Hollywood. Good Will Hunting menceritakan tentang seorang genius yang pada mulanya mementingkan diri sendiri. Dari mata sang genius itu, tidak ada seorang pun yang mampu memahami perasaan dirinya sehinggalah dia bertemu dengan seorang yang berjaya memecahkan tembok egonya itu.

Filem ini juga menyentuh isu kekeluargaan, meratapi kehilangan, mengakui kelemahan dan mengejar impian.

 

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=ye4KFyWu2do[/embed]

4) Dead Poet Society (1989)

Filem ini menceritakan pentingnya kita mempunyai perasaan cinta dan sayang dalam seni penulisan. Watak utama yang menghidupkan karya ini cuba meningkatkan tahap pemikiran dan pandangan muridnya terhadap kehidupan menggunakan sastera.

Ia mengajar kita untuk sentiasa menikmati hari-hari dalam kehidupan dengan bahagia, abaikan perkara remeh dan fokuskan kepada apa yang diinginkan. Karya ini sesuai ditonton golongan guru sebagai inspirasi untuk mencuba teknik baharu menyentuh hati pelajar.

Artikel Berkaitan 

Pelajar jurusan Skrin pasang cita-cita jadi pengarah filem yang berjaya

Dokumentari Sejarah alternatif pendidikan hari ini

Mahu menghasilkan tulisan khat yang sempurna dan cantik, ini peralatan yang perlu pelajar miliki


 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok