50,000 calon SPM harungi tempoh genting, suntikan tenaga minuman berkhasiat kembalikan semangat
50,000 calon SPM harungi tempoh genting, suntikan tenaga minuman berkhasiat kembalikan semangat

50,000 calon SPM harungi tempoh genting, suntikan tenaga minuman berkhasiat kembalikan semangat

webadmin
16 Mar 2021 08:59am
A
A
A

Lebih 50,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang kini sedang menduduki peperiksaan yang ditangguhkan berbulan lamanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan telah diberikan suntikan tenaga dengan bekalan seminggu minuman berkhasiat.

Kejutan tersebut dibuat oleh MILO® baru-baru ini di sekolah-sekolah tertentu ketika para pelajarnya kembali ke sekolah untuk menghadapi minggu pertama peperiksaan.

Tahun 2020 amat mencabar bagi para pelajar yang terpaksa membiasakan diri dengan norma baharu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah, dengan waktu pengajaran dan pembelajaran bersemuka bersama guru-guru mereka yang terhad.  

Impak tersebut cukup dirasai oleh semua pelajar Tingkatan Lima, bukan sahaja tidak dapat menghabiskan tahun terakhir mereka di sekolah menengah, bahkan membataskan peluang untuk meneruskan pembelajaran secara semuka.

Untuk menyuntik semangat, pelajar-pelajar ini dibekalkan minuman berkhasiat daripada  MILO®  bagi membantu membekalkan tenaga yang diperlukan untuk membantu mereka terus menumpukan fokus semasa peperiksaan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Izmi Ismail berkata, pihaknya amat menghargai inisiatif menyumbangkan minuman percuma kepada 25,000 murid-murid terpilih di negeri tersebut.

“Usaha ini dilihat sebagai satu tanggungjawab sosial korporat dalam membekalkan minuman berkhasiat untuk manfaat murid-murid yang menduduki SPM agar kekal sihat dan cergas,” tambah beliau.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata,  penjagaan nutrisi amat penting, lebih-lebih lagi ketika menghadapi situasi yang tidak pernah dialami seumpama ini. Justeru, MILO komited meneruskan peranan untuk membekalkan kebaikan khasiat dan tenaga MILO® agar para pelajar dapat meneruskan perjuangan menuju garisan penamat.

Mengulas lebih lanjut, situasi unik ini juga membuktikan kecekalan dan kesungguhan para pelajar. Walau kesabaran mereka diuji, semangat juara mereka takkan gentar dan luntur. Semoga nilai-nilai murni tersebut mendorong mereka mencapai kejayaan baik dalam peperiksaan mahupun masa hadapan.

Salah seorang penerima sumbangan daripada SMK Seksyen 8 Kota Damansara, Adrina Sophea Ahmad Fadzil berkata, menduduki peperiksaan dengan perut kosong memang tidak digalakkan. MInuman yang diberikan itu dapat membuatkan semua pelajar dapat  menumpukan fokus dengan lebih baik sewaktu menjawab soalan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok