9 tip tarik minat pelajar suka subjek geografi
9 tip tarik minat pelajar suka subjek geografi

9 tip tarik minat pelajar suka subjek geografi

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
23 Jul 2022 02:44pm

Geografi merupakan satu mata pelajaran yang diajar di sekolah menengah dan ia adalah subjek yang sangat menarik serta banyak berhubung kait dalam kehidupan seharian kita.

Namun begitu, masih terdapat segelintir pelajar yang tidak berminat dengan subjek berkenaan.

Ujar mereka, subjek geografi susah dan membosankan.

Malah ada yang mengatakan mata pelajaran ini sukar kerana perlu menghafal banyak perkara seperti nama-nama sungai, gunung, laut, tasik, tumbuh-tumbuhan, kayu, mineral, orang asli, bandar ibu negara, kawasan tanaman kelapa dan sebagainya.

Guru Geografi, Cikgu Phang tampil membantu pelajar dengan berkongsi beberapa tip untuk berjaya dalam mempelajari geografi.

Beliau sertakan sembilan tip mudah untuk pelajar amalkan.

Mari ikuti perkongsian Cikgu Phang seperti dipetik menerusi blognya baru-baru ini.

1) Tanamkan minat terlebih dahulu dengan subjek geografi.

2) Tumpukan perhatian semasa guru mengajar.

3) Kalau tidak faham, jangan malu, sila bertanya dengan guru.

4) Buat ulangkaji di rumah selepas kembali dari sekolah.

5) Buat nota ringkas kalau boleh dalam bentuk peta minda.

6) Bagi yang melibatkan pengiraan, pelajar kena buat banyak latihan misalnya dalam mengira waktu, bearing, jarak, luas, kecerunan dan yang lain-lain.

7) Banyakkan buat latih tubi. Cikgu galakkan guna buku yang menyediakan soalan mengikut bab-bab tertentu. Jadikan diri sebagai murid, guru dan pemeriksa.

8) Soalan yang melibatkan esei, pastikan buat latihan dan tetapkan masanya. Serah pada guru untuk dinilai dan semak.

9) Akhir sekali, apa bangsa pun, jangan lupa berdoa dengan Tuhan agar diberikan kita kejayaan.

INFO

Apa itu geografi?

Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi.

Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê (‘bumi’) dan graphein (‘menulis’ atau ‘menggambarkan’).

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat di mana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi.

Ia membincangkan tentang

1. Bumi sebagai satu sistem

2. Batuan

3. Laut

4. Iklim

5. Luluhawa

6. Ekosistem

7. Tumbuhan dan haiwan liar

Definisi geografi menurut pelbagai pandangan

Menurut sebuah laman web, geografi ditakrifkan sebagai satu mata pelajaran yang kompleks kerana ia bukan sahaja mempunyai ciri-ciri sosial tetapi termasuk juga ciri-ciri sains semula jadi.

Geografi memandang manusia dengan aspek semula jadinya sebagai penaburan ruang yang saling berkaitan di atas permukaan bumi. Pola-pola tersebut adalah seperti penaburan penduduk, bandar, bahasa, negeri, politik, sistem pertanian, perindustrian, iklim dan penduduk.

Di samping itu, pengajian geografi ialah mengenai perhubungan atau saling hubungan antara kawasan-kawasan seperti trafik penumpang pesawat udara, perkapalan lautan atau perdagangan antarabangsa.

Tambahan pula geografi cuba menggunakan data-data daripada dunia biologi, fizikal dan sosial seperti unsur-unsur yang menunjukkan variasi yang jelas dalam ruang yang mempunyai saling hubung yang bermakna dengan fenomena lain.

Artikel berkaitan 

10 tip mudah untuk cipta animasi dan aplikasi animasi

Jom kenali jenis-jenis server komputer

5 tip mudah skor A+ Matematik SPM, pelajar pasti boleh buat!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp