HomeGen ZAnalisis item soalan, perlukah dilakukan selepas peperiksaan?

Artikel Berkaitan

Analisis item soalan, perlukah dilakukan selepas peperiksaan?

“Sebenarnya apa kelemahan dan kekuatan pelajar saya ini? Rasanya semua bahagian pun tak menguasai. Kalau nak perbaiki pun, nak mula dari mana? Apa yang perlu diberi perhatian. Macam semua bahagian kena ajar semula”.

Inilah senario kebiasaan cikgu-cikgu apabila peperiksaan sudah habis, kertas jawapan pelajar sudah siap ditanda.

What’s next? and yes WHAT’s NEXT?

Itulah sebabnya semua guru digalakkan membuat analisis item.

Konsep ‘8M’ diperkenalkan kepada guru akan kepentingan analisis item.

1. Membezakan item yang baik dan yang lemah.

2. Mengenal pasti tajuk-tajuk/soalan-soalan yang masih belum pelajar kuasai.

3. Menghasilkan ujian yang bermutu dan berkualiti.

4. Mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap satu-satu topik.

5. Memberi respon pelajar terhadap setiap soalan.

6. Mengetahui tahap penguasaan pelajar terhadap satu-satu topik.

7. Membezakan pelajar kepada kumpulan tinggi dan kumpulan rendah.

8. Membina langkah-langkah intervensi untuk penambahbaikan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) serta pembinaan item soalan.

Baca juga Ayat “tahniah, permohonan pertukaran anda diluluskan” bikin Cikgu Qarim terdiam dan hilang kata-kata!

Baca juga Cikgu Mohd Azif antara guru Sains Terbaik Asia Tenggara…beliau memang layak!

Bagaimana proses hendak buat?

Senang saja! Kalau subjek Bahasa Melayu.

Guru bincang soalan satu, kemudian pelajar angkat tangan bagi sesiapa yang salah untuk soalan satu. Lepas itu kira, berapa orang pelajar yang salah. Lapan orang ke, 10 orang ke atau lebih and so on.

Apakah tindakan guru selepas membuat analisis item?

Jika semua guru membuat analisis item dengan penuh bertanggungjawab, maka guru lebih jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku pada pembinaan soalan dan juga kesannya kepada keputusan pelajar.

1. Setelah mengenal pasti tajuk-tajuk yang belum dikuasai oleh pelajar, daripada situlah guru-guru tahu hendak buat apa. Contohnya, membuat latih tubi berfokus topik mana, soalan bentuk yang macam mana. Barulah intervensi khusus dan tembak tepat ke sasarannya. Tidaklah asyik latih tubi set penuh dari mana-mana soalan sampai lebam. Tajuk lemah tidak juga diberi penekanan.

2. Strategi PdPc dapat dibina. Bukan menjawab soalan sahaja tapi bagaimana input dan aktiviti dalam PdPc itu hendak disampaikan.

Jika pelajar lemah, guru perlu bijak, apa kaedah yang sesuai untuk ajar dalam kelas. Bukan sekadar menghentam pelajar yang tidak boleh buat latihan kita. Guru harus bimbing mereka.

Kalau satu kaedah tidak berjaya, guna kaedah yang lain pula, tidak boleh satu, guna kaedah dua, tak boleh juga, guna kaedah tiga, insya-ALLAH… lama-lama boleh. Yakinlah! Motivasi juga boleh digunakan.

Lima kebaikan jika guru buat analisis item

1. Melihat semula pembinaan soalan dengan lebih baik supaya tindakan item yang terlalu sukar atau terlalu mudah untuk diberi kepada pelajar semasa peperiksaan.

2. Melaporkan kekuatan dan kelemahan pelajar, terutamanya bagi perkara yang sudah atau belum dikuasai oleh pelajar.

3. Mengenal pasti tajuk yang perlu diajar semula.

4. Mengenal pasti soalan yang biasa terdapat dalam sesuatu kandungan (bab yang mungkin tidak diajar).

5. Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan tindakan susulan yang lebih berfokus.

Apakah kebaikan jika guru membuat analisis item?

1. Pembinaan item yang lebih berkualiti

Analisis item mampu memberi maklumat mengenai aras kesukaran sesuatu item itu. Bermakna selepas ini guru akan lebih mampu menghasilkan item yang lebih realistik dan tidaklah syok sendiri. Penghasilan item yang berkualiti membolehkan guru menilai prestasi sebenar murid mereka.

2. Refleksi terhadap PdPc

Memang jelas, daripada analisis item ini maklumat berkaitan dengan tajuk tertentu yang belum dikuasai oleh pelajar. Ada banyak kemungkinan. Mungkin kerana guru langsung tidak ajar, atau juga pelajar belum menguasai tajuk berkenaan. Guru boleh ajar semula tajuk yang belum diajar kepada pelajar mereka.

3. Tindakan selepas peperiksaan

Analisis item juga membolehkan guru untuk mengenal pasti pelajar dengan masalah tertentu semasa menjawab soalan. Maka, dengan ini guru lebih spesifik dalam menjalankan program pemulihan dan tindakan susulan yang lebih berfokus bagi memberikan hasil yang lebih berkesan. Pemulihan mungkin boleh diadakan dengan mengajar semula topik berkenaan atau pun kaedah yang betul bagi menjawab soalan-soalan tertentu.

Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Pesanan kepada semua guru

Bagi guru yang sebelum ini tidak pernah menekankan soal analisis item, maka sudah tibanya memulakan proses analisis item ini agar kita sama-sama faham akan keperluan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid.

Manakala, bagi guru-guru yang sudah melakukan analisis item ini sejak sekian lama, TAHNIAH! Teruskan misi anda bagi memberikan yang terbaik kepada dunia pendidikan khususnya untuk kejayaan anak didik anda sendiri.

– Terima kasih Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Kedah, Cikgu Dr Abdul Ghani Jalil atas perkongsian bermanfaat ini.

Artikel Terkini