Cikgu-cikgu sekalian, agak-agak banyak tak cicak di sekolah?
Biasanya, dekat mana yang cikgu sering jumpa?
Di bilik guru? Atau ditempat lain seperti dalam kelas, kantin, dewan sekolah dan juga di perpustakaan.
Mesti pening kepala cikgukan untuk mencari alternatif menghalau cicak-cicak tersebut.
Jom Sinar Bestari kongsikan petua halau sebilangan besar cicak yang ada di sekolah. Insya-ALLAH, dijamin berkesan.
Ini bahan-bahannya:
- 1/3 Cuka makan
- 1/3 Air
- 1/3 Cecair pencuci pinggan
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan-bahan ni. Spray di kawasan yang biasa kena onar dan tempat persembunyian cicak.
Boleh juga spray untuk halau semut.
Selamat Mencuba!
Sumber: Roslina Hashim