WhatsApp Image 2021-08-03 at 4.19.55 PM
WhatsApp Image 2021-08-03 at 4.19.55 PM

Garap puisi indah untuk ibu, pelajar terkejut diumumkan johan puisi video pada Festival Seni Sepanyol

Roshlawaty Md Raieh
03 Aug 2021 05:58pm
A
A
A

Pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, Nurul Ain Sarah Mohd Ariffin terkejut apabila diumumkan johan kategori puisi video pada Festival Seni Sepanyol ‘Paints of the Spanish Sun’, 1 Ogos lalu.

Festival yang diadakan secara dalam talian anjuran Monolit Projects SL mempertaruhkan pelbagai kategori pertandingan termasuklah tarian, muzik, teater dan lukisan.

Berkongsi dengan GPSBestari, Nurul Ain berkata, dia telah menulis dan mempersembahkan puisi bertajuk ‘Her Gift’ (Ketabahan Dia) dalam bentuk puisi video iaitu sebuah genre puisi yang masih dianggap baru dalam bidang seni.

“Saya dedikasikan puisi ini untuk ibu, Norfahizah Wati Mohd yang telah mengharungi pelbagai dugaan hidup sejak saya kecil lagi.

Baca juga Pelajar UMK jana pendapatan 5 angka jual busana muslim

Baca juga Sukar hasilkan jadual belajar anak di rumah? 8 tip ini mungkin membantu mak dan ayah. Boleh cuba dahulu!

sijil kemenangan | puisi ibu

“Walaupun kami hidup susah, namun ibu tidak pernah mengeluh atau berputus asa dalam meneruskan kehidupan. Saya sangat kagum dengan kecekalan ibu dan sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Nurul Ain yang turut berkongsi puisi ini dengan semua wanita yang bergelar ibu.

Sambung pelajar Tahun Akhir jurusan Pengurusan Perniagaan ini lagi, kemenangan yang diraihnya itu, akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk terus menghasilkan karya-karya yang lebih hebat.

Terdahulu, kategori puisi video adalah puisi yang dipersembahkan dalam bentuk visual seperti gambar dan klip video pendek yang digabungkan dengan teks dan audio pembacaan puisi.

Puisi video ciptaan Sarah Ariffin boleh ditonton melalui pautan https://youtu.be/IKxvOU8ZHXE

Sementara itu, Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajarnya itu.

“Tahniah atas kejayaan Nurul Ain. Kejayaan ini menunjukkan bahawa pentingnya menggalakkan perkembangan bakat seni dan bahasa dalam kalangan pelajar kerana ia mampu memupuk nilai-nilai murni,” ujarnya.

KV Keningau | puisi ibu

KV Keningau yang dahulunya dikenali dengan Sekolah Menengah Vokasional Keningau (2010 – 2013), SMK Teknik Keningau (1998 – 2010) dan SM Vokasional Keningau (1980 – 1998) terletak di kawasan seluas kira-kira 18.09 ekar atau 7.32 hektar berhampiran dengan pekan Keningau.

Pembinaannya bermula pada awal 1976 dan siap pada penghujung 1979 dan mula beroperasi pada April 1980 dengan 11 tenaga pengajar, 95 pelajar dan tujuh bidang kursus.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada 2013, Sekolah Menengah Vokasional Keningau dinaiktaraf kepada KV Keningau dan menawarkan program-program diploma dalam lima bidang iaitu Teknologi Mekanikal (tiga program), Teknologi Pembinaan (satu program), Perniagaan (satu program), Teknologi Elektrik & Elektronik (dua program) dan Hospitaliti (lima program).

Penawaran program-program diploma di KV Keningau terus bertambah bersesuaian dengan bilangan pelajar yang bersekolah di situ.

Jangan lupa follow kami di Twitter!

Dari segi pentadbiran, empat pengetua pernah memimpin iaitu Thomas Wong Kon Tai (1981-1994 ), Ali Ariffin (1994 - 1995 ), Siti Aisa Maidin (1995-2015 ) dan Johari @ Jaibet Sabin (2015 – kini).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok