Guru ini kongsi 5 tip menarik bantu pelajar hasilkan karangan. Menjadi!
Menghasilkan sebuah karangan akan menjadi sukar jika seorang pelajar ketandusan idea. Ia bertambah susah sekiranya pelajar berkenaan seorang yang ‘lemah’ dalam menulis karangan tersebut.
Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Asraf Selajudin berkata, ada sesetengah ibu bapa memintanya untuk membantu anak-anak yang berhadapan masalah menulis karangan.
“Sebenarnya, pelajar boleh menulis cuma mereka tidak tahu cara yang betul untuk menghasilkan karangan yang berkualiti.
“Dengan ini, saya kongsikan lima cara untuk mak ayah bimbing anak masing-masing berkaitan penulisan karangan,” katanya.
Mari hadam apa yang dikongsi Cikgu Asraf ini.
1) Gunakan isi dan ayat yang mudah
Latih anak menulis karangan menggunakan isi dan ayat yang mudah terlebih dahulu.
Secara berperingkat, minta mereka kembangkan isi karangan tersebut.
2) Perkenalkan kosa kata yang baru
Kebanyakan pelajar lemah menulis karangan kerana kurang atau tidak banyak menguasai kosa kata. Ibu bapa boleh "highlight" perkataan tertentu yang ada dalam majalah atau buku. Kemudian minta mereka mencari makna perkataan tersebut. Secara tidak langsung, anak dapat belajar kosa kata baharu.
3) Tetapkan sasaran masa
Adakalanya pelajar mampu menulis karangan yang baik tetapi tidak mampu menyiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Mulakan dengan memberi kelonggaran masa kepada pelajar untuk menyiapkan satu karangan.
Kemudian kurangkan kelonggaran masa tersebut secara berperingkat sehingga 20 - 35 minit sahaja untuk setiap karangan.
4) Banyakkan latihan
Ya, memang betul. Ini bukanlah bermakna perlu membuat latihan karangan setiap hari. Mulakan dengan satu karangan untuk seminggu. Kemudian ditambah sehingga tiga atau empat karangan untuk seminggu. Ini sudah memadai sebenarnya.
5) Pujian dan dorongan
Pastikan memberi pujian kepada anak yang berjaya membuat karangan dengan baik. Mereka akan rasa dihargai dan lebih bersemangat.
Pelajar yang masih lemah pula perlu diberi dorongan. Dorongan yang berterusan akan menjadikan mereka kekal bermotivasi untuk menulis karangan.
Semoga bermanfaat.
Artikel berkaitan
5 kunci kejayaan buat guru di Malaysia capai impian
Raih 10 pingat, UTeM menang besar di ITEX 2022
Program Drugs-Ciety’22 dedah murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah