Image 03 (1)
Image 03 (1)

Malaysia Book Of Records' Youngest Perfect Pitch" - Sarah Qistina Lim rangkul anugerahnya yang ke-17 secara berturut-turut

Mohd Khairi Mohamad Yusri
09 Dec 2021 11:16am
A
A
A

Meskipun baru sahaja berusia 11 tahun, nama Sarah Qistina Lim sebenarnya sudah tidak asing dalam pentas muzik antarabangsa, semuanya kerana kecemerlangan vokalnya dan persembahan yang mengagumkan ketika beraksi di atas pentas.

Dalam beberapa pertandingan peringkat antarabangsa yang pernah diikutinya, bakat cilik ini sudah beberapa kali dinobatkan pemenang tempat pertama dan memenangi anugerah emas.

Jadi tidak hairanlah baru-baru ini, Sarah Qistina muncul sebagai pemenang Malaysia Top 10 Outstanding Vocalist Award 2021 dan Malaysia Top 10 Outstanding Performer Award 2021 di pentas Malaysia International Gold Award Ceremony 2021 pada Sabtu lepas, sekali gus menambah koleksi ke-16 dan 17 dalam ‘almari’ anugerah yang pernah diterimanya.

Bakat Sarah Qistina sebenarnya sudah mula dikesan sejak umurnya empat tahun dalam satu sesi latihan vokal, di mana ketika itu pelatihnya sedang menyanyi sebuah lagu dan terkejut apabila Sarah Qistina tiba-tiba memberhentikannya dan mula membetulkan kesilapan dengan mengatakan pelatihnya sedang menyanyi pada kunci yang salah.

Reaksi pelatihnya ketika itu bukanlah marah, tetapi merasa kagum dengan kebolehannya kerana walaupun umurnya hanya empat tahun tetapi sudah mampu untuk membezakan kesilapan kunci muzik yang kecil.

BACA JUGA: Pertandingan robotik tarik peserta muda

BACA JUGA: QS Asia University Rankings 2022: UKM kini 5 peratus terbaik Asia

Pada saat itulah, pelatih beliau telah membuat keputusan untuk menguji kebolehan Sarah Qistina dan mengesahkan bahawa dia memiliki bakat yang jarang ditemui iaitu “Absolute Pitch” (AP) atau lebih dikenali sebagai nada yang sempurna (perfect pitch) seperti Charlie Puth, pencipta lagu and penyanyi terkenal di Amerika.

Sarah Qistina seterusnya merangkul ‘Youngest Perfect Pitch’ dari Malaysia Book of Records pada umur sembilan tahun. Kebolehan ini merupakan sebuah bonus kepada kemahiran muziknya dari segi – vokal, oboe, cello, drum, gitar dan piano.

Persembahan Sarah Qistina Lim di American Protégé Winners Recital 2019 di Carnegie Hall, New York

Pada umur sembilan tahun, Sarah Qistina telah mempunyai keistimewaan untuk mempersembahkan bakat di Carnegie Hall, New York dalam dua majlis yang berbeza - American Protégé Winners Recital 2019 and American Protégé Winter Gala Concert 2019.

Pada tahun berikutnya, Sarah Qistina mencuri hati khalayak ramai dengan persembahan semasa anugerah World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2020 dengan kehadiran Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, di mana dia berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia.

Cinta dan dedikasi Sarah dalam bidang muzik telah membawanya ke tahap yang tinggi sekali gus menguasai pelbagai pertandingan dengan karismanya yang tersendiri, julat vokal yang mengagumkan dan persembahan yang menawan hati.

Dengan pencapaian Sarah, dia berharap bakat dan kejayaan yang diperolehi dapat memberi inspirasi kepada kanak-kanak seluruh dunia untuk mengejar dan mencapai impian mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok