pendeta zaaba atau nama penuhnya Zainal Abidin Ahmad merupakan seorang pakar linguistik yang banyak menyumbang dalam perkembangan dan persuratan bahasa Melayu.
pendeta zaaba atau nama penuhnya Zainal Abidin Ahmad merupakan seorang pakar linguistik yang banyak menyumbang dalam perkembangan dan persuratan bahasa Melayu.

Pendeta Za’ba, peneroka tatabahasa Melayu

Rasyidah Zulkifi
26 Apr 2022 02:28pm
A
A
A

Za’ba atau nama penuhnya Zainal Abidin Ahmad merupakan seorang pakar linguistik yang banyak menyumbang dalam perkembangan dan persuratan bahasa Melayu.

Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Batu Kikir, Negeri Sembilan dan mula bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir.

Zaaba kemudian bertukar ke Sekolah Melayu Linggi bagi menyambung pengajian Islam dan Arab.

Setelah menamatkan pengajian Senior Cambridge, beliau menjadi guru sandaran di Johor Baharu dan mula menulis secara serius.

Karya pertamanya berjaya diterbitkan Utusan Melayu sebanyak dua kali yang berjudul Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling.

Za’ba pernah menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu untuk kegunaan bahan bacaan umum dan penerbitan buku teks sekolah ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris.

Za’ba turut menulis rencana kegamaan sehingga dibukukan, diterbitkan dan diberi tajuk Umbi Kemajuan pada 1932.

Pada tahun 1947, beliau berkhidmat sebagai pensyarah bahasa Melayu di Universiti London dan bersara ketika berusia 55 tahun.

Bagaimanapun, Za’ba berkhidmat semula sebagai pensyarah kanan pada 1953 di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura.

Ini kerana khidmatnya diperlukan bagi membentuk pertubuhan bahasa pelajar bersama dengan Ungku Aziz.

Ketika berusia 59 tahun, Zaaba berjaya menamatkan peperiksaan akhir dan menerima Sarjana Sastera dari Universiti London.

Pada 1956, beliau menerima gelaran pendeta dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru secara rasmi dalam bentuk songkok.

Za’ba mahu meletakkan bahasa Melayu sebagai keutamaan tanpa sebarang penghormatan melalui hasil titik peluhnya.

Beliau pernah menolak bintang kebesaran Brunei dan bintang penghormatan Pingat Mangku Negara, yang membawa gelaran Datuk.

Bagaimanapun, Za’ba akhirnya bersetuju anugerah Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pada 1973, beliau mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan atas jasanya sebagai peneroka tatabahasa Melayu pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 78 tahun pada 23 Oktober 1973.

Artikel berkaitan 

Di sebalik nama politeknik, Ungku Omar tokoh sains dan perubatan Melayu terawal

Mengenang jasa Bapa Pendidikan Malaysia, Aminuddin Baki

Pelajar raih Mumtaz dalam STAM 2021, jadikan solat sunat duha sebagai amalan wajib


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok