75B481A4-A7C6-4CA0-ADA1-6B9091D14477
75B481A4-A7C6-4CA0-ADA1-6B9091D14477

40 pelajar Australia hantar kultur hidup ke angkasa lepas

Rasyidah Zulkifi
25 Jan 2022 07:15pm
A
A
A

Seramai 40 pelajar sekolah menengah di seluruh Victoria, Australia menyertai program menghantar bakteria ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), melalui roket SpaceX.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menganalisis kelikatan, profil nutrien dan kandungan asid laktik di dalam yogurt yang dihasilkan.

Baca juga: UiTM Cawangan Negeri Sembilan anjur simposium penyelidikan dan inovasi makanan dalam talian

Baca juga: Cell at Work: pelajar biologi patut masukan anime ini dalam senarai wajib tonton

Menurut pelajar sekolah menengah Haileybury di Melbourne, Aysel Sapukotana, program ini menyeronokkan kerana pelajar berpeluang untuk menghantar bakteria baik ke angkasa lepas dalam percubaan untuk membuat yogurt.

Tambahnya, selama ini dia bekerja keras dan akhirnya impiannya menjadi kenyataan untuk pergi ke ISS.

“Jika seseorang angkasawan itu tidak mempunyai protein dan nutrien yang mencukupi dalam badan, maka yogurt ini akan memberi masalah dalam badan mereka,” ujarnya lagi.

Menurut penyelaras program, Dr Sara Webb, eksperimen ISS sebelum ini menunjukkan sifat bakteria berubah dipengaruhi oleh mikrograviti.

“Saya berharap yogurt yang dihasilkan di angkasa lepas adalah sama berkhasiat seperti produk susu kultur di bumi.

“Kami mungkin melihat bahawa sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bakteria di bumi lebih baik berbanding di angkasa lepas.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Kami berharap yogurt berdaya maju di bumi dan angkasa lepas jadi, orang biasa pun boleh membuat yogurt sihat sendiri jika dihantar ke planet Marikh dengan beberapa bakteria beku dan satu pain susu,” jelas Webb.

Sumber: The Guardian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok