Demi mudahkan pesakit asma, 3 penyelidik bergabung hasilkan Tanaffas
Demi mudahkan pesakit asma, 3 penyelidik bergabung hasilkan Tanaffas

Demi mudahkan pesakit asma, 3 penyelidik bergabung hasilkan Tanaffas

Roshlawaty Md Raieh
18 Aug 2022 09:35am
A
A
A

Kumpulan penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mencipta sebuah produk inovasi untuk digunakan oleh mereka yang menghidap asma.

Produk inovasi yang dinamakan Tanaffas itu adalah alat bantu untuk memudahkan penghantaran ubatan (spacer) menggunakan Metered Dose Inhaler (MDI).

Alat bantu tersebut boleh dikecilkan untuk tujuan penyimpanan dan ia boleh digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah peparu seperti asma.

Ketua Penyelidik, Dr Nur Zaireena Zainal berkata, idea menghasilkan Tanaffas adalah berdasarkan pengalamannya sendiri.

“Anak saya seorang penghidap asma dan dia mengalami kesukaran untuk membawa spacer ketika keluar rumah atau pun melancong.

“Saiz spacer yang dimilikinya itu juga agak besar dan tidak mempunyai bekas khas untuk menyimpannya,” kata Dr Nur Zaireena dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM.

Menurutnya, dengan terciptanya Tanaffas, ia sedikit sebanyak membantu pesakit asma sebagai bantuan penggunaan ubat MDI dengan efikasi, mudah dibawa ke mana-mana dengan penyimpanan yang lebih baik selain ia juga tahan lasak serta mudah dicuci.

Selain Dr Nur Zaireena, dua lagi penyelidik lain yang turut bergabung menghasilkan Tanaffas ialah Profesor Madya Dr Nazefah Abdul Hamid dan Dr Ifwat Mohd Ghazali.

Tanaffas pernah memenangi pingat Emas pada Pameran Reka Cipta & Inovasi Antarabangsa (ITEX) 2022.

Cabaran menghasilkan produk inovasi

Menurut Dr Nur Zaireena, terdapat banyak cabaran ketika memulakan penyelidikan terutamanya untuk bersaing dengan produk sedia ada.

Antara cabarannya adalah menyelesaikan pernyataan masalah yang benar-benar signifikan dan memberi impak, menyempurnakan reka bentuk dan fungsi produk, peningkatan kos dan juga kepakaran.

Bagaimanapun, untuk mencapai matlamat inovasi, ia sebenarnya memerlukan komitmen berterusan dan semangat motivasi yang tinggi.

“Kerana itu, kami sangat berharap produk inovasi Tanafas ini diterima baik oleh masyarakat dan memberi manfaat kepada pengguna terutama pesakit asma atau paru-paru hipersensitif,” katanya.

Artikel berkaitan 

Dedikasi Cikgu Wan Azrina bantu julang nama SMK Kubang Kerian

Keunggulan pencapaian kokurikulum murid SK Batu 8, hasil sokongan dan bimbingan guru cemerlang 

Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki! 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok