make a copy for each student
make a copy for each student

Tip menukar lembaran kerja rumah ke digital, galak murid jawab tugasan secara interaktif

Rasyidah Zulkifi
01 Apr 2022 01:19pm
A
A
A

Sejak wujudnya pendigitalan dalam pendidikan, tugasan guru-guru semuanya di hujung jari untuk dibekalkan kepada anak murid.

Kini, mereka boleh membekalkan kerja rumah kepada murid-murid tanpa memberikan timbunan buku latihan yang bersifat berat.

Baca juga

Sekolah Angkat MMU persiapkan pelajar ke arah digitalisasi

Rujukan buat guru, tutorial bina game interaktif dengan aplikasi educandy

Lembaran kerja dalam bentuk digital yang bukan sahaja menjimatkan masa guru, malah mampu mengurangkan bebanan tugas yang hakiki.

Justeru, Sinar Bestari ingin berkongsikan tip kepada guru-guru bagi menukar lembaran kerja dari buku latihan ke medium digital.

1- Ambil gambar lembaran kerja dengan kamera

Mula-mula pilih lembaran kerja dari buku latihan kemudian ambil gambar dengan menggunakan kamera telefon pintar

Seterusnya, muat naik gambar tadi ke dalam komputer dan buka fail tersebut.

Tekan butang ‘Crop’ untuk membuang bahagian lembaran kerja yang tidak diperlukan.

Tekan ‘Adjustments’, ‘Clarity’ dan ‘Save’ untuk meningkatkan kecerahan gambar halaman buku latihan itu.

2- Sunting di ‘Google Drive’ dan ‘Google Slides’

Buka pelayar di komputer dan taip ‘Google Drive’ kemudian tekan ‘New’ dan klik ‘Google Slides.

Disebabkan gambar lembaran kerja itu menegak, di ‘Google Slides’ boleh tekan ‘File’ dan ‘Page Setup’.

Kemudian klik ‘Custom’ dan taip saiz 8.5 inci darab dengan 11 inci untuk mendapatkan paparan bersaiz A4.

Untuk memuat naik gambar tekan ‘Background’, ‘Choose Image’ dan pilih gambar lembaran kerja.

Bagi memastikan lembaran kerja ini boleh dijawab secara interaktif, tambah ruang untuk membenarkan murid menaip jawapan.

Tekan ‘Insert’ dan ‘Table’ mengikut jumlah ruang jawapan yang murid perlu taip.

3- Kongsikan pautan lembaran kerja interaktif kepada anak murid

Buka ‘Google Classroom’ dan muat naik lembaran kerja digital untuk membenarkan murid mengakses.

 

Tekan ‘Create Assignment’, namakan tugasan di bahagian ‘Title’, letakkan arahan di ruangan ‘Instruction’ dan klik ‘Add’.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Muat naik lembaran kerja itu tadi melalui pintasan ‘Google Drive’ dan klik ‘Make a copy for each student’ supaya setiap murid akan mendapat lampiran masing-masing.

Tekan butang ‘Assign’ dan kerja rumah sedia untuk dikongsikan kepada mereka melalui pautan yang dijana.

Semoga tip menukar lembaran kerja rumah ke digital bermanfaat buat semua murid.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok