Screenshot (44)
Screenshot (44)

Jadikan Tatty Hassan sebagai idola, dorong Syamimi ceburi bidang perundangan

Adlan Farhan Azwan
07 Jun 2022 02:08pm
A
A
A

Kerjaya sebagai peguam mempunyai cabarannya yang tersendiri. Tidak semua orang mampu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan kerana tempoh pengajian yang agak lama berbanding dengan jurusan yang lain.

Selain itu, pelajar yang ingin memilih laluan pengajian ini juga perlu dilengkapi dengan kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta daya ingatan yang baik.

Hal ini kerana, untuk menjadi seorang peguam yang berjaya, individu itu perlulah menghafal dan mempraktikkan semua perlembagaan negara yang sedia ada.

Namun, ia bukanlah satu penghalang buat Syamimi Imanina Zafri, 20 yang merupakan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Sejak kecil lagi, Syamimi sudah membuktikan kehebatan dan keyakinannya berada di atas pentas bagi menyertai pertandingan pidato, pengucapan umum atau tarian.

Dia juga pernah dianugerahkan sebagai pembahas terbaik dalam Pertandingan Bahas Ala Parlimen ketika di bangku sekolah.

Menurut Syamimi, dia telah didedahkan dengan dunia perundangan ketika di bangku sekolah lagi disebabkan hantaran yang dimuat naik oleh salah seorang peguam idolanya, Tatty Hassan yang juga merupakan personaliti terkenal di laman Twitter.

Tatty Hassan kini mempunyai lebih 200,000 pengikut di laman Twitter.

“Saya sudah lama mengikuti perkembangan peguam Tatty Hassan di laman Twitter dan Instagram sejak di bangku sekolah lagi.

“Perkongsian yang dibuat oleh beliau mengenai kehidupan sebagai seorang peguam membuatkan saya tertarik untuk menceburi bidang undang-undang.

"Beliau juga ada memuat naik satu hantaran tentang kehidupan sehariannya yang kadang kala terpaksa pulang lewat malam untuk menyiapkan satu-satu kes, tetapi bagi saya, itulah kerja sebagai seorang peguam,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syamimi juga pernah mengikuti forum yang turut disertai oleh Tatty Hassan sebagai ahli panel.

“Menerusi perkongsian daripada beliau menerusi hantaran di laman Twitter, saya juga amat seronok apabila menceritakan tentang satu-satu kes yang tular dan pada masa yang sama, saya boleh tambah ilmu.

“Bagi saya, Tatty Hassan adalah peguam yang sangat profesional dalam bidangnya sehingga membuatkan saya tertarik untuk mendalami bidang ini, jelasnya.

Artikel berkaitan

Tatty Hassan tawar bantuan untuk pelajar kurang berkemampuan

Ratu Badminton, Goh Liu Ying miliki pakej sempurna hingga jadi idola ramai

Soloz idola e-sukan, kini mampu jana pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok