Jalan raya kembali sesak, ini langkah yang perlu ibu bapa cakna sebelum hantar anak ke sekolah
Jalan raya kembali sesak, ini langkah yang perlu ibu bapa cakna sebelum hantar anak ke sekolah

Jalan raya kembali sesak, ini langkah yang perlu ibu bapa cakna sebelum hantar anak ke sekolah

Roshlawaty Md Raieh
13 May 2022 05:36pm
A
A
A

Semenjak sesi persekolahan secara bersemuka bermula baru-baru ini, jalan raya kembali sesak dengan kehadiran ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

Ada yang menghantar dengan menggunakan kereta, motosikal dan basikal.

Tidak kurang juga ada anak-anak yang menaiki bas atau van ke sekolah ekoran ibu bapa yang perlu keluar mencari rezeki pada awal pagi.

Dalam situasi ini, keselamatan murid dan pelajar sangat dititikberatkan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Sehubungan itu, Sinar Bestari memetik sedikit info menerusi portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan keselamatan jalan raya.

Kongsi portal tersebut, mangsa jalan raya biasanya terdiri daripada kanak-kanak. Mereka mungkin terdiri daripada pejalan kaki, penumpang kereta, bas atau pembonceng motosikal. Kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan.

Malah, di Malaysia sahaja, penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna yang paling ramai menderita akibat kecederaan dan kematian.

Baca juga 

Kali pertama sertai sukan SEA ke-31, pelajar politeknik ini nekad ‘bawa pulang’ pingat untuk Malaysia

17 penyelidik gembleng tenaga kenal pasti simptom awal keciciran murid

Berikut tip penting berkaitan jalan raya disediakan MyHEALTH untuk guru, ibu bapa dan pelajar beri tumpuan.

Mari kita tengok.

1) Kereta

. Pastikan kereta dalam keadaan yang baik – brek, tayar, petrol dan air.

. Pakai tali pinggang keselamatan dan guna tempat duduk khas bagi kanak-kanak. Jangan sesekali berkongsi tali pinggang keselamatan.

. Tali pinggang keledar mesti dipakai dengan betul dan selesa secara silang meliputi bahagian dada sehingga tulang pinggul.

. Jika kereta dilengkapi dengan beg udara, jangan letakkan kanak-kanak di tempat duduk hadapan kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada kanak-kanak.

. Bayi dan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun sepatutnya diletakkan di tempat duduk belakang. Bayi juga perlu diletakkan di tempat duduk belakang dalam tempat duduk khas.

. Gunakan sistem kawalan kunci kereta.

2) Pejalan kaki

. Jangan sesekali membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 10 tahun melintas jalan secara bersendirian.

. Seboleh-bolehnya gunakan lampu isyarat, ruang pejalan kaki dan lintasan pejalan kaki.

. Sebelum melintas jalan raya, lihat kiri-kanan-kiri terlebih dahulu.

. Jangan berlari ketika melintas jalan.

. Jangan bermain berhampiran jalan raya.

. Jika terdapat lintasan pejalan kaki, jejantas atau jalan bawah tanah, pengguna sepatutnya tidak dibenarkan melintas jalan sekurang-kurangnya 100 meter daripada kawasan tersebut.

. Jika ruang pejalan kaki tidak disertakan, gunakan bahagian kanan jalan melawan arus trafik supaya dapat melihat kenderaan dihadapan.

. Pakai pakaian yang cerah atau terang pada waktu malam supaya dapat dilihat oleh pemandu yang lain.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

3) Penumpang bas

. Jangan tunggu bas berhampiran lalu lintas.

. Tunggu sehingga bas berhenti sebelum menaiki bas.

. Berhati-hati ketika menaiki tangga bas.

. Pastikan bas berhenti sebelum turun dari bas.

. Berhati-hati semasa turun dari bas.

. Selepas turun dari bas, jalan ke hadapan bas supaya pemandu bas dapat melihat anda.

. Pastikan anda berada jauh daripada bahagian belakang bas sepanjang masa.

4) Penunggang motosikal

. Elakkan membawa kanak-kanak semasa menunggang motosikal. Gunakan kaedah pemanduan yang selamat.

5) Penunggang basikal

. Pastikan basikal dalam keadaan baik.

. Gunakan topi keledar basikal jika kanak-kanak yang menunggang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok