5 kemahiran ikatan yang harus dipelajari peserta perkhemahan
5 kemahiran ikatan yang harus dipelajari peserta perkhemahan

5 kemahiran ikatan yang harus dipelajari peserta perkhemahan

Roshlawaty Md Raieh
03 Oct 2022 11:57am
A
A
A

Mengikuti perkhemahan anjuran badan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah sememangnya aktiviti yang menyeronokkan.

Ia bukan sahaja mendidik pelajar berdikari tetapi ia juga menjadi asas dalam menyemai nilai murni dan disiplin diri.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh peserta perkhemahan.

Selain perlu menjaga keselamatan diri, peserta juga wajib mempelajari beberapa kemahiran ikatan ketika mahu mendirikan khemah.

Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan lima kemahiran ikatan yang wajib peserta pelajari sebelum mereka memulakan aktiviti perkhemahan.

Ini senarainya.

1) Ikatan Simpul Manuk

Digunakan untuk memulakan dan mematikan ikatan. Ikatan ini tidak mudah terurai dan sesuai digunakan untuk mengikat tali pada tiang khemah dan menuruni bukit.

2) Ikatan Silang Gunting

Digunakan untuk mengikat dua atau tiga batang kayu. Contohnya, membuat tripod. Ikatan ini kuat dan kukuh.

3) Ikatan Serong

Digunakan untuk mengikat dua batang kayu yang bersilang. Ikatan ini kuat, kukuh dan sesuai digunakan untuk membuat meja, kerusi dan tempat memasak.

4) Ikatan Lilit Balak

Digunakan untuk memulakan ikatan. Ikatan ini tidak mudah terurai dan sesuai digunakan untuk mengikatkan tali pada kayu yang bersaiz besar.

5) Ikatan Seraya

Digunakan untuk mengikat dua batang kayu. Contohnya, membuat rakit, ampaian dan rak kasut. Ikatan ini kuat dan kukuh.

Sumber: Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5

Artikel berkaitan 

Graduan perlu ada 5 kemahiran ini sebelum memasuki alam pekerjaan

8 tarian tradisional di Malaysia yang perlu pelajar ketahui

Kemahiran murid SK Senawang bermain alat muzik dapat pengiktirafan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok