graduan teramai 27 orang pernah menjadi pelanggan dalam satu kumpulan
graduan teramai 27 orang pernah menjadi pelanggan dalam satu kumpulan

Asah kemahiran fotografi, siswazah kaunseling ini dapat tawaran jurugambar majlis konvokesyen

Rasyidah Zulkifi
17 Mar 2022 06:13pm
A
A
A

Pada masa ini, mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) baik awam mahupun swasta di dalam negara sedang melangsungkan majlis konvokesyen.

Rata-rata graduan menjadikan peluang keemasan ini melantik jurugambar bertauliah bagi mengambil gambar kenangan mereka ketika menerima skrol ijazah atau gambar sebelum konvokesyen.

Siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ansar Gasang adalah ikon jurufoto yang telah berkecimpung dalam dunia penggambaran sejak tujuh tahun lepas.

Meskipun mengambil jurusan Sarjana Muda Kaunseling, tidak menghalang Ansar untuk mencari pendapatan sampingan melalui kemahiran fotografi yang dimilikinya.

Ansar mengakui gemar menerima tawaran pakej penggambaran daripada graduan yang ingin konvokesyen.

“Saya suka buat penggambaran konvokesyen kerana mereka ramai yang bujang.

“Jadi ada yang bila berkahwin, mereka minta saya ‘shoot’ seterusnya buat akikah anak dan sebagainya,” katanya.

Menurut kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam itu, beliau menyukai tawaran penggambaran secara ‘outdoor’.

“Saya paling suka ‘job outdoor’ sebab pembayaran agak besar, saya kira per kepala. Contohnya, satu kepala saya caj RM50.

“Saya suka ‘shoot outdoor’ sebab tak terikat dengan masa.

“Maksud saya kalau penggambaran nikah dan sanding, kita akan terkejar-kejar nak tekan kamera semasa berarak tapi tak pada penggambaran konvokesyen ‘outdoor’ ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian kerana berpendapat mempunyai banyak masa untuk bersiap sedia tanpa perlu kelam-kabut disamping tiada momen sedih berlaku.

“Pendapat saya sendiri apabila buat penggambaran konvokesyen, semua pelanggan kita seronok berjumpa kawan mereka.

“Kadang-kadang saya tanya mereka nak gambar macam mana, mesti ada sahaja gaya.

“Contohnya peluk dua lipa dan kepala bertingkat-tingkat,” katanya.

Ansar berkongsi beliau menggunakan kamera DSLR jenis Nikon D600.

“Saya sendiri kalau sesi fotografi pakai D600 kanta 85mm.

“Kenapa saya pakai 85mm, sebab kalau buat penggambaran latar belakang akan jadi ‘fade’ dan tak terlalu ‘wide’.

“Latar belakang gambar itu kalau tak cantik pun, kita akan jadikan ‘bokeh’ dengan apertur 1.8 dan 1.0,” katanya.

Apabila gambar menggunakan apertur sedemikian, maka, gambar yang terhasil akan estetik dengan elemen kabur.

“Pelanggan jarang dapat gambar macam itu, jadi, bila kita tangkap gambar ‘bokeh’, mereka akan cakap cantik,” katanya.

Beliau menasihati jurugambar di luar sana supaya mengutamakan komunikasi berkesan dengan para pelanggan supaya mudah bekerjasama ketika sesi fotografi berlangsung.

Artikel berkaitan

Graduan UIAM berkonvo 3 kali tahun depan

Pengantin baharu teruja, kongsi pentas di majlis konvokesyen UniSZA

Hadiri konvokesyen berbaju Melayu, graduan Harvard bangga jadi anak Malaysia


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok