1
1

Tip buat soalan guna voice note melalui Google, perkongsian Cikgu Raihan sangat mengujakan

Rasyidah ZulkifiRasyidah Zulkifi
09 Feb 2022 07:58pm

Penggunaan ‘voice note’ semakin meluas bukan sahaja dalam aplikasi WhatsApp, malah, pelayar Google juga sudah mulai wujud dengan ciri dalam talian tersebut.

‘Voice note’ berfungsi untuk merakam dan meninggalkan pesanan suara daripada satu orang kepada orang yang lain.

Di sekolah, cikgu boleh menggunakan ciri canggih tersebut dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersama anak-anak murid.

Ini kerana, ‘voice note’ membantu mempercepatkan proses penghantaran maklumat dalam masa singkat.

Sinar Bestari ingin berkongsi kisah Cikgu Raihan yang mengajar warga pendidik mengenai cara membina soalan dan meninggalkan komen dengan hanya menggunakan ‘voice note’.

*****

Assalamualaikum..

Pada cuti Krismas yang lalu, saya cuba menduduki ujian ringkas Mote. Mote merupakan sambungan yang dipasang pada pelayar Google Chrome dan berfungsi untuk kita memasukkan ‘voice note’ dalam aplikasi Google seperti Google Docs, Google Slides, Google Sheets, Google Forms dan Google Classroom.

Berguna sekiranya guru-guru hendak menyemak latihan anak murid. Boleh hantar ‘voice note’ sahaja. Kalau murid tidak memuat turun Mote dekat peranti canggih mereka pun tidak mengapa kerana murid masih boleh mendengar semua ‘voice note’ yang dihantar oleh guru.

Kredit foto: Raihan Hamiza Jalaludin

Cara menggunakan Mote di Google Docs, Slides atau Sheets cuma perlu klik sahaja di bahagian ‘Comment’ kemudian, bolehlah masukkan suara. Semudah itu, bukan setakat suara, nak menaip komen dan memasukkan emoji pun boleh. Hanya masukkan tanda titik dua bertindih (:) dan taip perkataan yang sesuai sahaja nanti senarai emoji akan dipaparkan. Jadi, boleh pilih mana-mana yang dikehendaki.

Kalau nak masukkan soalan mendengar di Google Forms pun boleh tanpa perlu menaip, cuma masukkan ‘voice note’ sahaja. Fungsi tersebut menyeronokkan, bolehlah buat ujian kemahiran mendengar melalui kaedah ini.

Dalam Google Classroom pula, Mote boleh dirakam pada ‘private comments’, ‘direct comments’ untuk tugasan diberikan kepada murid, ‘class comment’ dan ‘stream’.

Murid boleh memberikan respons di Mote dengan cara menghantar ‘voice note’ atau dengan menaip.

‘Mote transcript’ juga boleh diterjemah dalam pelbagai bahasa dan audio kekal dalam bahasa asal.

Guru-guru boleh mengambil ujian MOTE Certified Educator sekiranya berminat, soalan ada 15 sahaja tetapi jika ingin mendapatkan sijil, anda perlu mencapai sekurang-kurangnya 12 per 15 markah iaitu mewakili kadar 80 peratus.

Mari beramai-ramai kita mengambil ujian Mote ini sebab saya sudah selamat ambil.

Sumber: Blog Cikgu Raihan

Artikel berkaitan

Google Chat kaedah komunikasi alam maya terbaharu oleh Google

Fungsi-fungsi menarik di Google Docs yang mungkin anda tidak tahu

8 makanan sunah yang perlu diamalkan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp