Anyaman yang hampir siap
Anyaman yang hampir siap

Tutorial anyaman ketupat kertas untuk murid khas

Rasyidah Zulkifi
20 Apr 2022 02:51pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menghasilkan silibus kemahiran asas kraf anyaman untuk murid berkeperluan khas (MBK) berkefungsian rendah.

MBK yang akan mengikuti sukatan pelajaran tersebut adalah mereka yang mempunyai masalah pembelajaran kritikal.

Rata-rata golongan tersebut sukar mengaplikasikan kemahiran mengikut konteks warna, saiz, bentuk dan lain-lain.

Pada entri kali ini, Sinar Bestari berkongsikan tutorial membuat kraf anyaman ketupat dengan langkah mudah.

Mari ikuti proses ringkas seperti di bawah.

*****

Untuk membuat kraf anyaman ketupat perlukan pensel, pembaris, gunting, gam pelekat, kertas A4 berwarna hijau dan kuning.

Alatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat kraf anyaman ketupat kertas

Mula-mula, lipat kedua-dua kertas A4 berwarna, potong menggunakan gunting dan ulang sekali lagi lipatan tersebut.

Ambil pensel dan pembaris untuk buatkan garisan tiga jalur ketupat mengikut lebar pembaris pada setiap helaian.

Buatkan tiga jalur bagi setiap kertas warna

Potong jalur ketupat mengikut garisan yang telah dibuat dan gunting untuk dapatkan enam keping bagi setiap warna.

Potong jalur kepada enam

Gunakan empat keping kertas A4 warna hijau dan kuning tadi kemudian gamkan secara berselang seli bagi menghasilkan kraf anyaman ketupat.

Anyaman secara berselang-seli

Anyaman yang hampir siap

Ambil lagi baki empat keping jalur ketupat untuk buat hiasan atas dan bawah seperti dalam gambar.

Hiaskan atas dan bawah ketupat

Kraf anyaman ketupat siap. Murid boleh jadikan kraf sebagai penanda buku atau tampalkan pada kad ucapan hari raya.

Hasil akhir anyaman ketupat yang dah siap

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan 

Seni kraf kayu kekal relevan, miliki prospek kerjaya cerah dan peluang jana pendapatan

Ini perkara yang mak ayah perlu lakukan sepanjang anak-anak cuti sekolah. Memang menarik!

5 tip permulaan bagi pelajar yang memilih dunia jahitan atau bidang fesyen sebagai kerjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok