Untitled design (24)
Untitled design (24)

Xin Qian pelajar bertuah

Azleenda Sahaludin
21 Nov 2022 03:42pm
A
A
A

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Melihat kepada pepatah lama ini, ia sesuai dirujuk kepada Chai Xin Qian, pelajar Tingkatan Dua, Sekolah Menengah Kebangasaan Seksyen 4 Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Ini kerana walaupun baru sebulan menjalani latihan sukan ultimate frisbee, dia telah terpilih mewakili sekolah dan negeri Selangor ke peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Sukan Perpaduan 1Murid 1Sukan di Kuantan, Pahang.

Pelajar ini yang dahulunya merupakan atlet balapan mula menunjukkan minat dalam sukan ini sejak ia diperkenalkan di sekolahnya pada September lalu oleh guru pendidikan jasmani, merangkap jurulatih pasukan sekolah.

“Pada awalnya, cikgu hanya bertanya sama ada saya dan rakan-rakan berminat untuk bermain sukan ultimate frisbee ini.

“Pada pandangan saya, walaupun ia sukan baharu, cara permainannya menyeronokkan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai pemilihannya itu, Xin Qian memberitahu, perasaannya bercampur antara gementar dan teruja memandangkan ini kali pertama dia ‘berjauhan’ dengan keluarga.

Sukan tiada pengadil

Ultimate frisbee merupakan antara sukan yang unik kerana tiada pengadil yang diperlukan untuk mengadili sesebuah perlawanan.

Untuk itu, para pemain yang akan menjadi pengadil sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan.

Bagi Xin Qian, senario ini adalah satu nilai positif yang boleh diterapkan terutamanya dalam kalangan pelajar untuk sentiasa bersikap jujur.

“Walaupun sukan ini tiada pengadil, tapi kami sebagai pemain perlu mengakui kesalahan sendiri,” jelasnya.

Bukan itu saja, sukan ini juga dilihat memupuk semangat kerjasama sesama ahli pasukan yang terdiri daripada lima hingga tujuh pemain.

“Sama seperti sukan lain, ultimate frisbee juga memerlukan perancangan yang teliti sekiranya ingin memenangi perlawanan. Perancangan akan melibatkan susun atur pemain juga kaedah permainan yang ingin digunakan dalam perlawanan,” tambahnya.

Ingin sentiasa aktif

Walaupun sesi latihan sudah dikurangkan, dia merancang untuk terus aktif sehingga tamat persekolahan.

Berbicara lebih lanjut mengenai jadual latihannya, dia menjelaskan, setakat ini tiada percanggahan dengan waktu belajar kerana sesi persekolahan dilakukan pada waktu petang dan pagi digunakan sebagai waktu latihan.

ESFOUr Eagle Ultimate Frisbee pasukan ultimate frisbee sekolah bermula apabila Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menawarkan jawatan Jurulatih Utama kepada Cikgu Farah.

Awalnya hanya 10 pelajar sahaja dan keutamaan kepada mereka yang tidak aktif dalam mana-mana sukan bagi menjayakan Dasar 1Murid 1Sukan anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).

10 pemain ini telah menjalani latihan menerusi Klinik Frisbee yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10 Kota Damansara bertujuan memberi pendedahan dengan lebih mendalam tentang sukan ini.

Cikgu Farah, jurulatih pasukan ultimate Frisbee SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara.

Sambutan yang tinggi telah mencetuskan idea kepada Cikgu Farah untuk menubuhkan pasukan frisbee sekolah yang diberi nama ESFOUr Eagle Ultimate Frisbee yang kini ahlinya sudah mencecah sehingga 30 pelajar.

Pasukan ultimate frisbee SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara yang digelar sebagai ESFOUr Eagle Ultimate Frisbee.

Oktober lalu, ESFOUr Eagle Ultimate Frisbee telah menghantar empat pasukan yang terdiri daripada dua pasukan lelaki dan dua pasukan perempuan dalam pertandingan frisbee bersempena Karnival Sukan Sekolahku Sejahtera yang dianjurkan oleh KPM di Putrajaya.

Artikel berkaitan

Kejohanan Olahraga Tahunan lahir murid pintar dan berbakat dalam sukan

Ben kongsi tip bermain boling

Sukan piring terbang tambat hati Nuraida. Tiada pengadil, ikut naluri semangat kesukanan atlet


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok