christiann-koepke-0jPuWm8_9wY-unsplash
christiann-koepke-0jPuWm8_9wY-unsplash

Pelajar wajib tahu, 5 kerjaya ini bakal pupus!

Rasyidah Zulkifi
31 Jan 2022 07:30pm
A
A
A

Semakin berkembang pesat teknologi, maka semakin banyaklah peluang pekerjaan akan pupus dan jumlah itu dijangka meningkat lebih jauh menjelang tahun 2030.

Menurut kajian, hampir 60 peratus penuntut di universiti sedang belajar pengkhususan dimana selepas mereka bergelar graduan, pekerjaan bagi bidang yang mereka pelajari tersebut akan diautomasikan.

Walaubagaimanapun, pelajar masih boleh memanfaatkan ilmu tersebut kerana pembelajaran sepanjang hayat sangat bermakna dalam kehidupan seharian.

Hari ini, Sinar Bestari akan berkongsi kepada para pelajar mengenai lima kerjaya yang bakal pupus pada masa hadapan.

1. Ejen pelancongan

Dahulu, kalau hendak pergi bercuti pasti ibu bapa pelajar menempah tiket dengan agensi pelancongan untuk berseronok.

Kini, banyak agensi pelancongan yang menutup cawangan kerana mereka ingin memberi tumpuan terhadap perniagaan mereka secara dalam talian.

Pada masa ini, pelajar sendiri boleh menempah tiket percutian dengan hanya melayari portal terkemuka seperti Trivago, Opodo dan Skyscanner asalkan mempunyai rangkaian internet.

2. Juruwang

Kemajuan teknologi yang menggalakkan orang ramai menjadi masyarakat tanpa tunai bakal menutup peluang kerjaya juruwang.

Buat masa sekarang, masih terdapat sebilangan masyarakat yang memilih untuk berbelanja dengan wang tunai.

Mungkin pada masa depan, kerjaya ini bakal benar-benar lenyap dengan penubuhan kiosk layan diri secara besar-besaran seperti di restoran McDonald.

3. Chef makanan segera

Menurut kajian, seramai 81 peratus pekerja restoran makanan segera akan menjadi mangsa automasi.

Dijangka beberapa tahun akan datang, majikan akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meminimumkan kos operasi perniagaan.

Sebagai contohnya, CaliBurger sudah menggunakan khidmat robot untuk membalikkan burger dan menjadi pembantu dapur.

4. Operator media cetak

Banyak industri media kini sudah mula beralih dari media cetak ke media maya.

Majikan mula menyedari kepentingan teknologi yang akan mempengaruhi keuntungan perniagaan mereka jadi kerjaya operator media cetak juga dilihat semakin berkurangan hari demi hari.

Pada masa depan, kerjaya ini hanya akan lenyap kerana ramai pengguna tertumpu untuk mendapatkan berita terkini melalui internet.

5. Buruh

Menurut laporan, seramai 203,300 buruh akan hilang pekerjaan menjelang 2028 impak kepesatan teknologi.

Kerjaya buruh nampaknya bakal lenyap pada masa hadapan kerana majikan mula menggunakan khidmat robot yang lebih jimat dan cekap.

Justeru, buruh pemasang akan berasa terancam kerana tugas mereka bakal diambil alih dengan teknologi mesin yang lebih canggih.

Jadi, Sinar Bestari berharap agar para pelajar lebih berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima hakikat peluang pekerjaan yang semakin pupus pada masa hadapan.

Sumber: Career Addict

Artikel berkaitan

Seni kraf kayu kekal relevan, miliki prospek kerjaya cerah dan peluang jana pendapatan

E-sukan sebagai kerjaya, tidak semudah yang disangka

UMT terima HPLC, tawar perkhidmatan uji ketulenan madu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok