1CA30AB0-BD2C-46A4-A754-6CD984F2F8E8
1CA30AB0-BD2C-46A4-A754-6CD984F2F8E8

Maklumat penting untuk calon SPM 2021 yang kontak rapat atau positif Covid-19

Rasyidah Zulkifi
02 Mar 2022 02:26pm
A
A
A

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 berlangsung.

Mereka yang berusia 18 tahun dan belum mengambil SPM akan menduduki peperiksaan tersebut.

Baca juga

(VIDEO) Tidak putus asa! Banjir bukan alasan, pelajar tetap bersemangat hadapi SPM 2021 

Ambil kira cabaran semasa pandemik, SPM 2021 dilaksana pada Mac 2022

Norma baharu ini bermula sejak wabak Covid-19 menular, di mana semua calon SPM di Malaysia terpaksa mengambil peperiksaan pada usia anjak setahun dari umur kebiasaan, 17 tahun.

Walau bagaimanapun, kelonggaran tersebut tertakluk kepada rata-rata pelajar, namun, jika mereka tidak bernasib baik kerana menjadi kontak rapat atau disahkan positif Covid-19, pelajar dikehendaki menangguhkan peperiksaan terlebih dahulu.

Di setiap sekolah, guru-guru mempunyai prosedur operasi standard (SOP) tersendiri.

Berdasarkan perkongsian daripada seorang guru sekolah menengah di Selangor, beliau peka dengan perkembangan semasa calon SPM 2021.

Menurutnya, jika pelajar menjadi mangsa Covid-19 sepanjang minggu peperiksaan berlangsung, mereka perlu memaklumkan kepada guru kelas masing-masing.

“Kalau kontak rapat atau positif pelajar kena SS MySejahtera dan buat surat penangguhan.

“Dah lengkap surat itu semua hantar kepada guru bertugas,” katanya.

SS adalah singkatan bagi screenshot (SS) atau tangkapan skrin yang pelajar perlu lakukan di telefon pintar masing-masing.

Kemudahan itu terbuka kepada semua calon yang membuat ujian saringan sama ada secara kendiri, di klinik swasta atau kerajaan.

“Boleh tangkap gambar kit ujian tapi kena buat laporan dalam MySejahtera untuk tangguh SPM itu.

“Pastikan yang positif lapor dulu dalam MySejahtera, kalau tak SPM tak boleh tangguh,” katanya.

Sejurus membuat pengisytiharan keputusan ujian Covid-19, pelajar perlu mengisi borang maklumat deklarasi yang disediakan oleh guru sekolah menengah.

Kemudian, ibu bapa calon perlu menyediakan surat penangguhan SPM beserta pengesahan dalam bentuk Portable Document File (PDF).

Setelah itu, surat tersebut dihantar menerusi medium perhubungan yang ditetapkan seperti WhatsApp dan lain-lain.

Selepas itu, calon SPM perlu kuarantin selama tujuh hari dan menunggu arahan semasa daripada guru atau pengawas peperiksaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sepanjang waktu itu, pelajar bolehlah berehat dan mengulangkaji pelajaran mengikut kadar kemampuan.

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok