image
image

Nukilan ikhlas seorang guru buat ramai tersentuh

Roshlawaty Md Raieh
11 Jul 2021 07:13pm
A
A
A

Zaman sekolah adalah zaman yang paling banyak kenangan manis.

Zaman yang mana kasih sayang seorang guru terhadap anak muridnya berpanjangan tanpa noktah.

Cikgu Mohd Rodzi Mat Ghani dari Sekolah Kebangsaan SK Pauh Jaya, Permatang Pauh, Penang memuat naik satu nukilan yang cukup bermakna bagi sesiapa yang membacanya.

Nukilan yang menceritakan bagaimana seorang guru itu yang sangat mengambil berat anak-anak murid dalam apa jua keadaan.

Dengan tajuk “Memoir Saat Terindah ‘Kasih Sayang Guru’ Zaman Persekolahan”, marilah kita sama-sama menghayati jasa dan pengorbanan cikgu tanpa henti buat anak didiknya.

Ikuti catatan ikhlas Cikgu Mohd Rodzi.

*****

Satu perkara yang sangat istimewa di zaman sekolah yang tidak akan ada di zaman lain ialah "Kasih Sayang Yang Melimpah Ruah".

Kalau murid/pelajar demam cikgu tanya...

Awak demam, awak tak sihat ke?

Cikgu bantu bawa ke klinik.

Lewat datang ke sekolah cikgu tanya kenapa?

Kalau sakit cikgu ziarah ke rumah.

Bila tiba hari jadi, cikgu potong kek, bagi hadiah dan sambut di sekolah ramai-ramai.

Kalau baju kotor, kasut kotor cikgu tanya kenapa?

Murid terkencing terberak dalam seluar, cikgu juga yang basuhkan.

Kalau murid pakai necktie tak betul, tali pinggang senget, cikgu perbetulkan.

Semua cikgu bantu...

Gambar hiasan daripada Pexels.

Kalau murid/pelajar perempuan, cikgu ajar pakai tudung yang menutup aurat.

Cikgu ajar cara memakai tudung dengan betul.

Tudung senget, cikgu perbetulkan.

Cikgu ajar pemakaian menutup aurat.

Cikgu ajar pemakaian yang baik.

Murid kuku panjang di beri teguran.

Adakalanya cikgu suruh potong kuku masa tu juga.

Semua perkara cikgu ambil berat.

Perkara yang tidak baik, semua cikgu beri teguran.

Menunjukkan bahawa di zaman sekolah...murid/pelajar begitu di sayangi.

Bila dah habis zaman sekolah

Gambar hiasan daripada Pexels.

Dah masuk universiti, kolej dan sebagainya...

Tiada lagi orang akan tanya kita kenapa rambut panjang, kenapa nampak berserabut.

Ini bermakna tiada lagi zaman kita dikasihi dan disayangi.

Tiada lagi nikmat-nikmat di zaman sekolah seperti dulu.

Suatu zaman yang tidak akan dimiliki lagi di zaman lain.

 

Oleh itu, hargailah zaman ketika kita di bangku sekolah.

Apabila kita dah keluar sekolah, dah tamat belajar Tingkatan Lima, Tingkatan Enam

Tiada lagi orang yang akan mengambil berat akan kita dalam semua perkara.

Soal personaliti, tingkah laku, pemakaian, sahsiah dan sebagainya.

 

Dalam kelas pula, guru akademik bantu bukan sekadar mengajar kita,

Cikgu betulkan tulisan yang comot.

Cikgu bantu bagaimana cara nak cantikkan tulisan.

Ada juga cikgu yang buat tuisyen percuma supaya semua anak muridnya pandai.

Murid tak nak masuk kelas pun cikgu tanya kenapa?

Ini semua tiada lagi zaman di luar sana kecuali zaman sekolah.

 

Oleh itu...zaman sekolah adalah zaman yang sangat indah.

Zaman yang kita benar-benar disayangi, dikasihi, ditatang dan dijaga dengan rapi.

Tiada lagi bila kita demam orang akan ziarah kita.

Orang ambil berat tentang kita.

Tiada lagi orang akan tanya keadaan kita sihat ke tak?

Tiada lagi orang yang selalu tanya apa yang cikgu boleh bantu?

Jadi, hargailah zaman sekolah yang takkan ada di zaman lain.

Tiada lagi orang yang akan ambil berat tentang diri kita selepas zaman sekolah.

Tiada di universiti, kolej, politeknik dan sebagainya sepertimana yang guru ambil berat tentang diri anda semasa di zaman persekolahan.

“Hargailah Guru-guru Kita”

Sumber: Facebook Mohd Rodzi

Artikel berkaitan 

Terpilih sebagai Felo Perdana, 4 anak muda Malaysia tak sabar berkhidmat untuk negara

7 ancaman internet, guru dan pelajar perlu lebih berhati-hati

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok