cde6812d-523f-4243-8c2a-a6678c8d222a
cde6812d-523f-4243-8c2a-a6678c8d222a

Penginapan di Langkawi dan Taiping untuk peserta forum 'Sayangi Bidadari Syurga'

webadmin
11 Sep 2021 09:38pm
A
A
A

OLEH: NUR SABRINA SAMSUDIN

SINTOK – Pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) menawarkan penginapan percuma di Langkawi, Taiping dan hamper sumbangan Keizai Store Jitra untuk peserta yang menyertai forum 'Sayangi Bidadari Syurga' sempena sambutan Hari Mental Sedunia pada 10 Oktober depan melalui platform Webex, Facebook Live dan YouTube.

Pengarah program, Zuraida Adnan berkata, pemilihan peserta bertuah untuk penginapan dua hari satu malam di Langkawi dan Taiping serta hamper dari Keizai Store ini akan dikendalikan oleh jawatankuasa penganjur nanti.

Katanya, penawaran penginapan di Langkawi dan Taiping ini diharap dapat membantu sektor pelancongan negara yang terjejas akibat Covid-19.

Zuraida menambah, forum bertajuk 'Sayangi Bidadari Syurga' ini dipilih bagi menghargai peranan wanita terutama golongan ibu yang mengendalikan rumah tangga ketika pandemik Covid-19.

Katanya, walaupun mereka dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan program ini melalui subjek Perhubungan Awam dibawah pensyarah, Dr Mohamad Noor Salehhuddin Sharipudin, namun dalam masa yang sama tajuk ini perlu diketengahkan memandangkan peningkatan penyakit mental di kalangan wanita.

“Melalui wacana yang menampilkan Pensyarah dan Pengarah Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Dr Rajwani Md Zain, pastinya peserta dapat mengenal pasti punca masalah penyakit mental dan yang berkaitan terutama ketika mengamalkan gaya hidup dan pemodenan masa kini yang mungkin memberi tekanan kepada kehidupan seseorang individu,” ujarnya lagi.

Baca juga Inspirasi buat para pelajar, 6 syarikat yang terkenal ini bermula dari garaj 

Baca juga 8 Aplikasi yang boleh membantu anda menjadi seorang pelukis

Manakala Pegawai Psikologi Jabatan Penjara Malaysia, Kamunting, Muhammad Rashid Mohd Sidik pula akan bersama-sama panel pertama dan peserta lain dalam membicarakan forum 'Sayangi Bidadari Syurga' ini nanti.

Semua pihak perlu menyertai forum ini agar dapat membentuk kualiti diri dan jati diri seseorang dari segi jasmani mahupun rohani agar hidup mereka lebih menyerlah dengan membuat persediaan bagi menghadapi cabaran masa hadapan yang lebih mencabar.

Dalam pada itu, pensyarah, Dr Mohamad Noor Salehhuddin ketika dihubungi berkata, memandangkan penularan Covid-19 yang dilihat tiada penghujungnya (endemik) dan memberi kesan terhadap kesihatan mental golongan wanita terutamanya, maka pemilihan tajuk dan penganjuran bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia ini diharap bukan sahaja memenuhi tugasan yang diberikan kepada pelajar malah yang penting dapat membimbing golongan ibu, isteri, pekerja, suri rumah dan guru agar lebih bersedia dalam kehidupan mereka nanti.

Hari Kesihatan Mental Sedunia setiap tahun disambut pada 10 Oktober sejak diperkenalkan oleh World Federation of Mental Health (WFMH) sejak tahun 1992.

Sempena sambutannya, pelbagai tema oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama daripada pelbagai organisasi serta agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan akan menganjurkannya bagi membuka minda masyarakat supaya bersifat keterbukaan untuk berbicara mengenai kesihatan mental ini.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Bagi mereka yang ingin menyertai program ini pada 10 Oktober jam 9 pagi melalui platform Webex, Facebook Live dan YouTube, boleh mengisi borang menggunakan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdH_VOaQuViB2RmWpTlekkSFlVKWXpyhy6T3efioCJNU4rzzw/viewform atau menghubungi talian https://wa.me/601111975890 (Sabrina) untuk sesi pendaftaran.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok