ying-ge--Yo1cWJVKFY-unsplash
ying-ge--Yo1cWJVKFY-unsplash

Pening memilih buku latihan yang bersesuaian untuk anak? Ketahui 5 tip penting ini

Roshlawaty Md Raieh
18 Nov 2021 11:35am
A
A
A

Sebagai ibu bapa, tentunya anda mengalami sedikit masalah dalam mencari buku latihan yang sesuai untuk anak-anak di rumah.

Ada buku yang mahal harganya, tetapi kualiti tidak seberapa.

Dan ada buku yang murah tetapi bila lihat isi kandungan, pasti buat ramai terkejut kerana info yang disediakan memang terbaik.

Dalam situasi ini, mak ayah sebenarnya perlu ada ilmu dalam memilih buku latihan yang betul.

Ini kerana ia boleh membantu anak masing-masing menguasai topik untuk mengulangkaji pelajaran dan juga membantu meningkatkan lagi kefahaman dan pencapaian akademik melalui latihan yang betul.

Jadi, apakah cara untuk memilih buku latihan yang betul?

Sinar Bestari senaraikan lima tip berkaitan pemilihan dan pembelian buku untuk anak anda.

Semoga dapat dijadikan panduan buat semua.

1) Lihat prestasi dan kebolehan anak

Ini bermaksud ibu bapa perlu mengetahui keputusan peperiksaan anak sebelum ini. Adakah mereka mendapat A,B,C atau gagal dan adakah anak anda perlukan buku latihan yang banyak.

Contoh: Sekiranya anak gagal, buku latihan perlu dibeli adalah buku latihan yang asas, pastikan kandungan dalam buku tersebut ada banyak soalan dan latihan yang diberikan.

Ada setengah buku, banyak nota dan sedikit sahaja soalan/latihan, ada setengah buku pula, nota sedikit, latihan pun sedikit dan masih tidak cukup untuk menguasai topik asas.

Sekiranya anak anda selalu dapat A pula, maka beli buku latihan yang lebih mencabar (contoh buku koleksi KBAT) atau buku latihan koleksi soalan peperiksaan supaya anak sudah terbiasa dan boleh menguasai soalan-soalan peperiksaan.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

2) Rujuk kepada guru sekolah

Ibu bapa boleh rujuk kepada guru sekolah untuk ketahui perkembangan anak, tanya buku latihan apa yang sesuai untuk anak masing-masing.

Ini kerana guru sekolah lebih mengetahui tentang prestasi dan perkembangan mereka dalam akademik.

Oleh itu, digalakkan untuk bertanya kepada guru-guru apakah buku latihan yang sesuai untuk anak anda mengulangkaji pelajaran.

3) Lihat kandungan buku

Penting! Sebelum beli buku, lihat kandungan latihan/nota dalam buku tersebut. Adakah cukup latihan/nota untuk anak anda? Adakah perlukan latihan sahaja atau bagaimana.

Contoh: Anak lemah Matematik Tahun Enam dan selalu dapat D, beli satu buku sahaja koleksi peperiksaan contoh UPSR Matematik tidak cukup untuk menaikkan prestasi, ini kerana asas menguasai topik masih lemah lagi.

Oleh itu, tiga jenis buku mungkin sesuai untuk anak anda iaitu

a) Buku asas kuasai KSSR Matematik

b) Buku bertopik Darjah 6 Matematik (Pastikan yang ada banyak latihan)

c) Koleksi soalan peperiksaan tahun lepas.

Gambar hiasan daripada Unsplash.

4) Penerbit bukanlah utama tetapi penting

Penting untuk lihat penerbit buku latihan. Ini kerana penerbit yang sudah lama berada dalam pasaran mempunyai banyak tip-tip atau latihan yang disediakan dalam buku latihan.

Malah ada pelbagai jenis buku yang ada dibawah penerbit yang sama untuk kuasai subjek.

Contoh: Subjek Matematik Tingkatan Lima ada lima jenis buku Matematik dibawah penerbit yang sama.

Malah, di era teknologi kini, siri video juga ada ditunjukkan di dalam buku (Scan QR Code)

5) Lihat siapa penulis (sekiranya ada biodata)

Ketahui siapa penulis buku tersebut, adakah seorang penulis buku teks atau guru pakar subjek.

Elok sekiranya ada biodata penulis, sekiranya tidak ada, tidak mengapa kerana kebanyakkan penerbit akan mengambil guru-guru pakar soalan untuk menulis buku. Oleh itu, seperti tip yang keempat tadi pemilihan penerbit juga adalah PENTING tapi bukanlah yang utama.

Itu sahaja tip yang ingin dikongsikan kepada ibu bapa. Semoga anda boleh membuat pemilihan buku latihan yang tepat untuk anak supaya mereka boleh menguasai dan memahami topik serta menaikkan prestasi.

Sumber: Akademi Super Press

Artikel berkaitan 

5 perkara penting yang cikgu perlu tahu sebelum menulis blog

Jom kenali negara-negara paling muda di dunia

8 tip penjagaan buku, Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok