gayatri-malhotra-4wF66_KWJxA-unsplash
gayatri-malhotra-4wF66_KWJxA-unsplash

Susah hafal sifir? Ini 6 cara mudah untuk murid lakukan, pasti puas hati!

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
21 Jan 2022 03:11pm

Bila cikgu soal sifir dalam kelas, sudah tentu ada kalangan murid-murid cuba mengelak.

Ini kerana, sifir dianggap perkara yang susah untuk dihafal sedangkan jika temui formula yang betul, ia seakan sudah melekat di kepala.

Apa itu sifir?

Sifir merupakan satu perkara asas yang amat penting bagi murid dan pelajar untuk menguasai subjek Matematik dan apa jua mata pelajaran lain yang melibatkan proses pengiraan.

Kebiasaannya, murid dan pelajar yang mampu menghafal sifir akan dapat menguasai Matematik berbanding mereka yang kurang atau tidak menghafal sifir.

Menurut guru Matematik yang dikenali sebagai Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor, sifir wajib dihafal kerana ia jantung Matematik.

“Aktiviti penghafalan sifir menjadi mudah jika anda tahu tip atau teknik yang betul.

“Untuk itu, saya kongsikan enam cara menarik untuk ibu bapa lakukan ketika mengajar anak-anak berkaitan sifir. Besar harapan saya agar cara ini berkesan untuk anak-anak kita,” katanya menerusi laman Facebook baru-baru ini.

Ikuti enam tip tersebut seperti disenaraikan Sinar Bestari ini.

1) Separuh-separuh

Sifir 7 misalnya. Hafal dari 1 hingga 5 darab 7 terlebih dahulu. Dah handal, sambung pula dari 6 hingga 10 darab 7.

2) Satu minggu satu sifir

Jangan terlalu memaksa dan gopoh nak hafal semua sifir dalam masa sebulan.

Gunakan prinsip biar lambat asalkan steady.

Sifir ini murid nak pakai lama. Jadi kena berfokus dengan harapan boleh ingat sampai bila-bila.

3) Baca setiap hari

Pernah tak ada hari yang kita lupa cara nak makan nasi? Tak. Sebab apa?

Sebab kita buat hari-hari.

Begitulah juga dengan sifir.

4) Latih tubi

Lepas hafal satu-satu sifir, mesti buat latih tubi sebagai pengukuhan.

Yang terbaik adalah latih tubi secara bertulis. Lisan pun boleh.

5) Terbalikkan

Untuk sifir 7 misalnya, biasanya kita akan soal 4 darab 7. Dalam masa yang sama, kita perlu terbalikkan penyoalan sifir tersebut.

4 x 7 = 28

7 x 4 = 28

6) Manipulasi penyoalan

Saya suka soal murid, berapa darab 7 sama dengan 56?

Saya manipulasi soalan tersebut untuk rangsang minda murid.

Dalam masa yang sama, aktiviti manipulasi soalan ini akan sangat membantu untuk operasi bahagi.

Moga membantu.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Artikel berkaitan

6 sebab mengapa cikgu di Malaysia perlu memiliki akaun Twitter

Cikgu ini dedah 10 tip hafal sifir yang paling mudah

Langkah mudah buka akaun ASNB untuk remaja bawah 18 tahun


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp