Untitled design (20)
Untitled design (20)

Tahniah pelajar Sekolah Seni Malaysia!

Azleenda SahaludinAzleenda Sahaludin
08 Dec 2022 05:44pm

Tahniah! Diucapkan kepada lima pelajar Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL) yang telah berjaya menghasilkan cerita pendek seterusnya dibukukan.

Bukan itu sahaja, malah kelima-lima judul yang dihasilkan telah diangkat melalui program Young Emerging Talents sebagai bahan utama delegasi Malaysia ke pasaran perbukuan dunia di Frankfurt Book Fair, Jerman.

Telah berlangsung pada 19 hingga 24 Oktober lalu, buku-buku tersebut mendapat perhatian penerbit industri perbukuan antarabangsa antaranya dari Holland, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Negara Timur Tengah.

Buku-buku tersebut merupakan hasil nukilan Ainur Safeeya Uzma Erfieza,13, Reminiscing The Olds Days; Nur Balqis Faqihah Norlihakie,16, My Hero! The Time Traveller; Sarah Hanina Nadhrah Ahmad Patria,16, Valentine is a Tenacious Girl; Alisha Nabeeha Azhar,16, My Teacher dan Batreysa Nortajuddin,16, My Father’s Culture.

Dalam usaha menghargai bakat pelajar-pelajar muda ini, urusetia tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) serta Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berbesar hati melancaran karya-karya tersebut untuk mengangkat nilai seni visual pada Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF), hari ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, majlis pelancaran tersebut bertujuan memberi penghargaan di atas bakat seni pelajar-pelajar berkenaan sebagai aset masa depan negara.

Tambah beliau, karya-karya tersebut dilihat luar biasa dan unik kerana ia berdasarkan pengalaman sendiri malah ilustrasi pada setiap helaian juga adalah idea dan ilham pelajar-pelajar terbabit.

“Ini merupakan bakat yang bukan calang-calang malahan pencapaian pelajar sekolah dalam bidang penulisan bahasa Inggeris dan seni visual juga amatlah membanggakan.

“Ia turut membuktikan proses pembelajaran di bawah KPM berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika, berjaya mencungkil bakat pelajar sekolah,” katanya ketika berucap dalam majlis Perasmian Lima Buah Buku Cerita Pelajar SSeMKL.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali memberitahu, penyertaan pelajar SSeMKL dalam Pesta Buku Franfurt pada Oktober lalu secara tidak langsung memberi gambaran tentang pembangunan potensi serta bakat kesenian mereka.

Selain itu, usaha untuk menyemai budaya membaca dalam masyarakat perlu seiring dengan menambah baik inovasi perbukuan seperti penulisan, penerbitan dan pemasaran.

“Perancangan dan strategi perlu dilakukan dengan lebih baik agar mampu melonjakkan penghasilan karya sekali gus penerbitan negara.

“Ini dapat dilihat melalui kemajuan teknologi digital sebagai salah satu inovasi nilai yang telah banyak membantu dalam perkembangan industri perbukuan,” ujarnya.

Tambah Pkharuddin, pihaknya juga sedang menerajui pendidikan digital supaya pendidikan di negara ini mampu menjadi agenda utama untuk meningkatkan kemahiran serta peluasan ilmu pengetahuan.

Artikel berkaitan

Pelajar sekolah menengah kategori peralihan mantapkan kemahiran membaca, menulis Bahasa Melayu

Bangunkan Kios Bacaan Komuniti dalam sekolah. Usaha SK Kg Baharu dipuji ramai

Transformasi Pusat Sumber KEMAS Pasir Salak pupuk sifat anak muda minat membaca


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp