Kredit foto: Pexels
Kredit foto: Pexels

KPM putuskan untuk beri kuasa memilih kepada guru bagi merekod PBD

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
16 Feb 2023 02:03pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) terus prihatin dengan isu yang guru hadapi ketika merekod dan melaporkan tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah (PBD) dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB).

Ini berikutan laporan yang diterima KPM mengenai masalah sistem Pengurusan Identiti (IDME), di mana sistem itu dikatakan masih belum stabil hingga menyebabkan kesukaran kepada guru ketika menggunakannya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, KPM memutuskan untuk memberi pilihan kepada guru dalam menjalankan tugasan merekod dan dan melaporkan PBD.

Jelas KPM, guru boleh melakukannya secara manual atau hibrid dengan menggunakan SPPB.

“KPM prihatin dengan isu yang dihadapi guru untuk merekod dan melaporkan tahap PBD murid bagi sesi akademik 2022/2023 dalam SPPB.

“Oleh itu KPM memutuskan guru diberi autonomi bagi memilih untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD sama ada secara manual atau menggunakan SPPB (secara hibrid).

“Templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademik tahun 2022/2023 secara manual akan disediakan sebagai alternatif,” jelasnya.

Pada masa yang sama, KPM akan terus berusaha bagi meringankan beban yang dihadapi guru serta akan pastikan kebajikan mereka dipelihara.

Artikel Berkaitan:

“KPM juga komited dalam usaha mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihara,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok