Dari kiri guru besar SK Manek Urai Baru, Cikgu Roslan menerima cenderamata daripada Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah.
Dari kiri guru besar SK Manek Urai Baru, Cikgu Roslan menerima cenderamata daripada Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah.

SK Manek Urai Baru kunjungi Kumpulan Karangkraf

AZLEENDA SAHALUDIN
03 Mar 2023 02:07pm
A
A
A

“Hanya pendidikan yang mampu menentukan kejayaan seseorang murid pada masa akan datang.” Itu antara ucapan yang diberi oleh Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah ketika menerima lawatan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Manek Urai Baru, Kuala Krai, Kelantan, hari ini.

Beliau berkata, guru memainkan peranan penting dalam mendidik serta mencorakkan masa depan anak-anak supaya lebih terjamin selain mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari sudut intelek, rohani, emosi serta jasmani.

Tambahnya, beliau sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada 56 guru termasuk Guru Besar serta Guru Penolong Kanan, SK Manek Urai Baru ke Kumpulan Karangkraf.

Cikgu Roslan
Cikgu Roslan

Sementara itu, Guru Besar SK Manek Urai Baru, Cikgu Roslan Hasan memberitahu, kunjungan berkenaan diadakan untuk merasai pengalaman di samping bersiar-siar sekitar Karangkraf.

“Setiap awal tahun bermulanya sesi persekolahan, sekolah akan mengadakan mesyuarat pengurusan dan pentadbiran di luar negeri Kelantan dan tahun ini destinasi yang dipilih adalah Kuala Lumpur.

“Alang-alang sudah terlanjur ke Kuala Lumpur, jadi sekolah membuat keputusan untuk mengadakan lawatan ke Kumpulan Karangkraf,” katanya.

Kunjungan berkenaan dimulakan dengan sesi taklimat yang diberi oleh Muhammad Nasir diikuti Editor Sinar Bestari, Mariatul Qatiah Zakaria menerangkan berkaitan Sinar Bestari iaitu portal pendidikan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin turut menerangkan tanggungjawab semua pihak termasuk guru dalam membasmi gejala rasuah serta mendidik anak-anak untuk sentiasa melihat realiti kehidupan sebenar hari ini.

Dari kiri guru besar SK Manek Urai Baru, Cikgu Roslan menerima cenderamata daripada Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah.
Dari kiri guru besar SK Manek Urai Baru, Cikgu Roslan menerima cenderamata daripada Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhamad Nasir Hamzah.

Usai sesi taklimat, guru-guru dari SK Manek Urai Baru ini dibawa melawat sekitar Karangkraf bermula dengan Kilang Percetekan Uprint, bilik editorial, Grup Buku dan akhirnya Karangkraf Mall.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok