Sumbangan pendidikan RMHC manfaatkan 25,00 murid

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
02 Feb 2023 05:46pm
A
A
A

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) cukup sinonim dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negara ini.

Lazimnya, antara CSR yang sering dijalankan adalah berkaitan isu kesihatan, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar dan pelbagai lagi.

CSR dilihat penting bagi memastikan penglibatan organisasi besar ini dalam usaha pembangunan masyarakat dan negara.

Di negara ini, antara organisasi besar yang aktif dengan CSR ialah McDonald’s Malaysia.

Baru-baru ini menerusi Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald (RMHC) Malaysia, mereka telah memperuntukan RM1.5 juta untuk membantu kira-kira 25,000 murid daripada keluarga kurang kemampuan di seluruh negara menerusi Pek Kembali Ke Sekolah.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia juga Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (tengah)
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia juga Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar (tengah)

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia juga Presiden RMHC Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, pek ini giat diagihkan secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu bermula Mac nanti.

Kata Azmir, sejak 2017 mereka aktif menjalankan sumbangan Pek Kembali Ke Sekolah dan sehingga hari ini mereka berjaya mengagihkan kepada lebih 120,000 kanak-kanak seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

“Setiap pek yang diagihkan ini mengandungi botol air, set alas tulis dan beg sekolah.

“Inisiatif ini merupakan program teras RMHC yang juga merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia,” ujarnya pada Program Felda Digital maker Hub (FDMH): Coding and Robotic di Sekolah Kebangsaan (SK) (FELDA) Pasir Besar, baru-baru ini.

Pada majlis itu seramai 260 murid sekolah berkenaan diberikan Pek Kembali Ke Sekolah yang jumlah keseluruhannya berjumlah RM26,000.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok