Jahitan secara manual adalah salah satu cara yang boleh digunakan para ibu ketika menampal lencana sekolah. Kredit foto: Sumber internet
Jahitan secara manual adalah salah satu cara yang boleh digunakan para ibu ketika menampal lencana sekolah. Kredit foto: Sumber internet

4 cara pantas menampal lencana sekolah, para ibu pasti puas hati!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
06 Jul 2023 05:22pm

Menampal lencana tidaklah serumit seperti menjahit baju kurung. Namun disebabkan ramai para ibu yang kesuntukan masa kerana bekerja, mereka gagal untuk menjahit lencana pada baju atau tudung anak dalam waktu tertentu.

Sebagai membantu golongan ibu mencari solusi tentang lencana sekolah, Sinar Bestari kongsikan cara menampal lencana yang mudah, jimat dan cepat.

Anda boleh memilih salah satu cara yang kami sediakan di bawah.

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan kebimbangan ibu-ibu di luar sana yang masih belum menampal lencana sekolah!

Tip sebelum menampal lencana

1) Semak kedudukan lencana sekolah bagi tahun 2023 bagi mengelakkan kesilapan berlaku.

2) Pastikan semua barang yang diperlukan lengkap sebelum memulakan proses menampal lencana agar urusan tidak tertangguh.

3) Mohon pastikan baju dan lencana bersih supaya tidak terkesan jika diseterika atau terkena gam dan air.

Artikel Berkaitan:

4) Tampal lencana dengan kukuh supaya ia tidak mudah tertanggal.

Cara menampal lencana yang mudah, jimat dan cepat

1) Jahit secara manual

Jahitan sebegini agak sukar bagi sesetengah individu yang tidak biasa memegang jarum dan benang. Namun, teknik ini amat mudah dan ringkas sahaja. Caranya adalah anda menggosok pada bahagian yang ingin dijahit dahulu supaya tiada kedutan. Letakkan sedikit gam di bahagian belakang lencana supaya tidak lari posisinya. Boleh juga gam lencana di tengah-tengah poket baju sekolah. Kemudian, gosok lencana dengan seterika dan ambil benang yang sudah dimasukkan ke dalam lubang jarum serta mulakan menjahit. Akhir sekali, buat jahitan sembat susup di sekeliling lencana tersebut.

2) Tampal guna double sided adhesive cloth

Ramai yang tidak tahu kegunaan double sided ashesive ini. Sebagai info, tape ini sememangnya digunakan untuk fabrik dan pakaian.

Menampal lencana sekolah cara ini amat mudah di mana anda perlu memotong double sided adhesive cloth mengikut saiz lencana yang ingin ditampal. Selepas itu, letakkan di belakang lencana dan seterika sahaja sehingga ia melekat.

3) Guna gam fabrik

Cara sebegini memerlukan para ibu menyediakan gam fabrik iaitu sejenis gam yang boleh disapukan kepada kain dan khas untuk fabrik. Para ibu hanya perlu sapu sedikit gam di sekeliling lencana dan sedikit dot di belakang lencana. Kemudian, tekan-tekan sedikit dengan tangan. Siap!

4) Guna double sided tape

Seterika dahulu double sided tap dari bahagian atas yang kelihatan bersinar-sinar dan tekapkan di lencana secara perlahan-lahan. Buka double sided tap dan tampal di bahagian baju anak pada posisi tepat dan betul.

Pastikan ia betul-betul terlekat pada lencana baju. Selepas itu, letakkan sedikit gam jika ia tidak melekat sepenuhnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp