Gambar hiasan
Gambar hiasan

 4 langkah murid elak diri terkena keracunan makanan

AZLEENDA SAHALUDIN
23 Apr 2024 10:38am
A
A
A

Keracunan makanan merupakan salah satu keadaan yang boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan serta boleh mengundang kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Ia berpunca daripada pengambilan makanan atau minuman yang tercemar sehingga menyebabkan individu itu mengalami simptom loya, cirit-birit, muntah, demam dan keletihan.

Jadi tidak hairanlah keracunan makanan boleh mengundang bahaya kepada setiap orang apatah lagi sebelum ini, media pernah melaporkan beberapa kematian disebabkan oleh situasi berkenaan.

Antara kes yang masih hangat diperkatakan adalah, seorang wanita dilaporkan meninggalkan dunia akibat keracunan makanan yang dibeli di sebuah Hentian Rehat dan Rawat (RnR) di Terengganu.

Baru-baru ini, negara sekali lagi dikejutkan dengan situasi sama melibatkan lebih 20 pelajar perempuan di Kelantan mengalami keracunan makanan selepas dipercayai menikmati makanan bungkus yang disediakan dalam satu program kepimpinan.

Mereka dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah dan cirit-birit oleh ibu bapa masing-masing.

Melihat kepada bahayanya dan kesan keracunan makanan ini kepada individu tanpa mengira batas umur, Sinar Bestari kongsikan empat langkah yang boleh diikuti bagi mengelak daripada situasi berkenaan berlaku.

1) Cuci tangan dengan betul

Keracunan makanan boleh dielakkan dengan mengamalkan cara cuci tangan yang betul. Cuci tangan anda dengan sabun dan air yang bersih.

Artikel Berkaitan:


2) Makan makanan yang dimasak

Sebelum makan, pastikan makanan yang tersedia adalah dimasak dengan sempurna tanpa ada kesan mentah. Ini kerana, makanan mentah mempunyai bakteria yang boleh mengundang kepada pencemaran.

3) Hindari makanan yang meragukan

Hindari makanan yang terlihat tidak segar, berbau busuk atau memiliki tanda kerosakan. Utamakan tiga langkah iaitu lihat, bau dan rasa sebelum makan.

4) Pentingnya hidrasi

Pastikan untuk minum air yang bersih dan dimasak sahaja.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok