Para pendaki daripada Persatuan Alumni SMSS berjaya tiba di puncak Gunung Datuk sekali gus mengibarkan bendera sekolah sebagai meraikan Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.
Para pendaki daripada Persatuan Alumni SMSS berjaya tiba di puncak Gunung Datuk sekali gus mengibarkan bendera sekolah sebagai meraikan Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

50 alumni kibar bendera sekolah di puncak Gunung Datuk

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
29 Nov 2023 11:17am

Seramai 50 alumni Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS), Kuala Lumpur berjaya mengibarkan bendera sekolah di puncak Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Misi mengibarkan bendera SMSS di puncak tertinggi bagi daerah itu merupakan simbolik kepada sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan sekolah tersebut.

Menurut Pengarah Program, Hazmal Ismail, aktiviti kibar bendera di puncak Gunung Datuk berjaya menghimpunkan penyertaan alumni daripada kumpulan (batch) pertama (tahun 1973) sehinggalah batch terkini iaitu 2022.

“Agak terkejut kerana sambutan begitu menggalakkan sekali, apatah lagi kembara rekreasi sebegini julung kali diadakan.

No Image Caption

“Insya-ALLAH, jika ada kesempatan kami akan anjurkan lagi aktiviti mendaki gunung sebegini nanti,” katanya kepada Sinar Bestari.

Hazmal berkata, program mendaki Gunung Datuk dan mengibarkan bendera sekolah di puncak gunung bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama alumni berbeza tahun pengajian, namun mempunyai kecintaan tinggi terhadap sekolah.

“Adalah menjadi harapan saya agar aktiviti seumpama ini memberi peluang kepada semua untuk saling mengeratkan tali persaudaraan, sekali gus mewujudkan semangat kekeluargaan sesama kita,” ungkapnya.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri, Naib Presiden Persatuan Alumni SMSS, Izzatun Udda, Zaini dan Hazmal mengibarkan bendera setibanya di puncak Gunung Datuk baru-baru ini.
Dari kiri, Naib Presiden Persatuan Alumni SMSS, Izzatun Udda, Zaini dan Hazmal mengibarkan bendera setibanya di puncak Gunung Datuk baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Alumni SMSS, Zaini Sulaiman yang turut menyertai misi tersebut menyifatkan program berjaya menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan alumni.

"Pendakian gunung seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun semangat setia kawan ditunjukkan semua peserta tanpa mengira usia menjadikan misi mengibarkan bendera kebanggaan sekolah lancar,” jelas Zaini.

No Image Caption

Terdahulu, misi mengibarkan bendera di puncak yang berketinggian 884 meter itu antara aktiviti yang dirancang Persatuan Alumni SMSS bersempena Sambutan Jubli Emas sekolah tersebut.

Selain kibaran bendera, beberapa acara lain seperti Kejohanan Ragbi Sentuh Inter-Batch dan majlis makan malam Jubli Emas turut dianjurkan bagi memeriahkan Sambutan Jubli Emas SMSS.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp