Semoga Shahmalarani terus gemilang dalam sukan karate negara.
Semoga Shahmalarani terus gemilang dalam sukan karate negara.

8 kali Anugerah Dekan, Shahmalarani bukti atlet negara cemerlang akademik dan kokurikulum

ROSHLAWATY MD RAIEH
09 May 2023 05:38pm
A
A
A

Tersenyum lebar rakyat Malaysia apabila atlet karate wanita, Shahmalarani Chandran menghadiahkan pingat emas pertama negara pada Sukan South East Asian Games (SEA) Kemboja 2023.

Kejayaan itu menyaksikan Shahmalarani mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu dalam acara kumite bawah 50 kilogram (kg).

Shahmalarani mengatasi atlet Filipina, Junna Tsukii dalam acara itu yang berlangsung di Dewan A Pusat Konvensyen Chroy Changvar, Phnom Penh, Kemboja.

“Saya tidak bermula dengan baik tetapi jurulatih, Tamel Adbelraof memberitahu atlet Filipina itu belum betul-betul bersedia dan minta saya manfaatkan ruang yang ada sebaik mungkin.

“Dengan usaha dan kata-kata semangat yang diberikan, saya berjaya mengikat kedudukan 1-1 dan mula mengawal perlawanan serta akhirnya menang,” ujarnya.

Berkongsi mengenai profil diri Shahmalarani, Sinar Bestari difahamkan beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Sains Aktuari dari Taylor's University.

No Image Caption

Shahmalarani seorang yang sangat cemerlang dan aktif di Taylor's University.

Artikel Berkaitan:

Dek kebijaksanaan dan keaktifannya itu, beliau layak menerima biasiswa Menteri Pengajian Tinggi 2022.

Dalam hantaran di Instagram baru-baru ini, Shahmalarani berkata, perjalanan mengejar kecemerlangan bukanlah semudah ABC.

“4 tahun yang panjang, 8 semester, 8 anugerah dekan, 3 pengajian tertunda! Ia bukanlah mudah tetapi berbaloi (4 long years, 8 semesters, 8 dean’s list, 3 deferred graduation! It wasn’t easy but definitely worth it),” tulisnya di Instagram.

Kecemerlangan dan kehebatan Shahmalarani yang meraih lapan Anugerah Dekan sungguh mengagumkan Sinar Bestari.

Walaupun bergelar atlet negara, Shahmalarani masih mampu melakar kejayaan dalam bidang akademik di Taylor's University. Salute!

No Image Caption

Sementara itu, kegemilangan Shahmalarani tidak terhenti di sini sahaja sebaliknya beliau telah dipilih menjadi salah seorang penerima pada Istiadat Penganugerahan dan Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember tahun lalu.

Kepada Shahmalarani yang kini menyambung pengajian peringkat Sarjana Sains dalam Sains Aktuari, terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dan teruslah menjadi inspirasi kepada masyarakat di negara ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok