Kredit foto: Freepik
Kredit foto: Freepik

Batuk kokol, ikuti tip cegah wabak ini

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
03 May 2023 01:03pm

Selain daripada strok haba yang melanda negara ketika ini, wabak batuk kokol juga dilihat semakin menular dalam kalangan masyarakat.

Batuk kokol atau pertussis boleh mengakibatkan radang paru-paru, otak dan sawan yang mudah berjangkit serta boleh mengunda maut.

Lebih menyayat hati apabila media sebelum ini turut melaporkan satu kematian yang berpunca daripada wabak batuk kokol ini di Sabah yang menjadikan negeri itu merekodkan 76 kes.

Menurut perkongsian Dr Samhan di laman Twitternya, wabak ini merupakan penyakit pernafasan yang sangat mudah berjangkit melalui hidung dan kerongkong.

Ia disebabkan bakteria Bordetella Pertussis di mana apabila anda menyentuh atau duduk berhampiran dengan individu yang dijangkiti bakteria ini lebih-lebih lagi ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan ke dalam paru-paru anda

Kredit foto: Freepik
Kredit foto: Freepik



Sehubungan itu, Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh membantu mencegah batuk kokol ini daripada terus menular dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan guru yang sedikit sebanyak boleh mendatangkan kesan buruk dalam sistem pendidikan negara.

Jom kita lihat.

Artikel Berkaitan:

Gaya hidup dan rawatan sampingan cegah batuk kokol.

1) Minum air secukupnya.

Sekiranya anak-anak tidak mahu minum air kosong, berikan mereka jus atau sup bagi menggantikan jumlah air yang masuk ke dalam badan mereka.



2) Makan makanan dalam kuantiti yang sedikit.



Makan makanan yang sedikit dapat membantu mengelakkan muntah selepas batuk. Ini kerana sekiranya muntah anda pasti akan banyak kehilangan tenaga.



3) Bersihkan udara.



Ini penting bagi menghapuskan bahan penggalak kepada batuk seperti tembakau, asap dan habuk.



4) Tutup mulut jika batuk.



Sekiranya ingin batuk atau bersin, tutup mulut anda dan cuci tangan dengan kerap bagi menghalang jangkitan daripada merebak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp