Tular tentang 'ayam goreng McDonald's' yang diterima oleh murid-murid dalam satu program rupa-rupanya hanyalah roti krim dan air kotak sahaja.
Tular tentang 'ayam goreng McDonald's' yang diterima oleh murid-murid dalam satu program rupa-rupanya hanyalah roti krim dan air kotak sahaja.

Bukan ayam goreng McDonald's tetapi hanya roti krim dan air kotak. Netizen menangis!

ROSHLAWATY MD RAIEH
16 Aug 2023 04:38pm
A
A
A

Susulan hantaran ‘ayam goreng McDonald's’ yang tular di media sosial, warga maya mula membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa sebak dengan apa yang terjadi.

Masing-masing sedih dan tidak menyangka penganjur sanggup berbuat demikian kepada kanak-kanak tersebut.

Zalila Isa: Banyak kali kes budak-budak diperlekehkan begini. Kasihan.

Farouq Mahadi: ALLAH siannya budak-budak ni. Mesti dah excited dapat ayam. Perasaan kecewa tu, aihhh. Nak-nak budak yang memang susah nak dapat makanan macam ni.

Zarina Koyube: Kenapa buat macam ni? Ya Rabb. Kalau tak nak bagi makanan segera McD tak payah bagi langsung letak je kat bekas biasa. Roti, air kotak pun bukanlah makanan yang bagus untuk anak-anak. Alahai, silap besar ni.

Nia Iffaaisya: Sedih sangat. Apa motif buh dalam kotak McD tu.

Anas Fauzi: Melampaunya. Sedih hati terbayang muka budak-budak yang tak pernah or amat jarang dapat makan mewah - ayam goreng consider mewah untuk sesetengah orang.

Nurfateha Zakaria: Kecewanya anak-anak.

Artikel Berkaitan:

Muhd Bazli Zakaria: Budak-budak kalau dia terasa dan dia cakap sesuatu (baca doa) kepada 'pemberi' ALLAH dengar dan mudah nak makbul. Sebab mereka tiada dosa. Takut didoakan keburukan buat si pemberi.

Noor Hashima Abd Aziz: Ya ALLAH. Kecewa anak-anak kenapa buat gini kesiannya, kalau anak saya kena gitu, mungkin dia tak nangis tetapi saya yang nangis.

Hantaran yang dimuat naik oleh Abdul Muiez Ruslee di Facebooknya pada Selasa bukan sahaja menarik perhatian netizen malah pihak-pihak dalam bidang pendidikan turut menghubungi beliau bagi mendapatkan kepastian.

“Sampai pegawai Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pun hubungi saya. Terus cemas.

“Saya bukan hendak sangat tulis dalam Facebook. Sebelum tulis, saya dah hubungi Person in Charge (PIC) seperti yang ada dalam surat tapi hanya dapat bluetick. Jawab salam pun tidak.

“Saya bukanlah hendak jawapan spesifik. Cukuplah dengan jawab salam dan cakap nanti kami akan siasat.

“Itu saja. Sekurang-kurangnya ada jugalah jawapan yang saya hendak bagi dekat bapa yang bertanya tu. Tapi itulah. Bila senyap macam mana masalah hendak selesai?,” ujarnya menerusi laman Facebook.

Menurut Abdul Muiez yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Selangor, kisah ‘ayam goreng McDonalds’ itu terjadi apabila beliau dihubungi seorang penjaga di mana anaknya terlibat dalam satu program peringkat negeri yang dianjurkan sebuah jabatan pendidikan negeri (tidak dinyatakan).

“Mula-mula pandang kotak, bukan main riang anak dan kawan-kawannya. Sekali buka terus berubah muka. Begitulah harapan yang dicapati,” ujarnya.

Sinar Bestari juga turut sebak melihatkan kotak yang diterima oleh murid terbabit.

Luarannya adalah sebuah kotak berisi ayam goreng McDonald's namun isi dalamnya hanyalah roti krim berserta air kotak. Allahu, sebaknya!

Menurut Abdul Muiz, seorang penjaga telah menghubunginya dan melahirkan rasa pilu dan sedih dengan kisah berkenaan.

“Jangan bagi harapan palsu pada kanak-kanak dan harap penganjur ambil iktibar.

“Sebak paksu (penjaga) bila anak bercerita pasal kawan dia tadi yang berubah muka apabila membuka kotak tersebut (yang sebelum ini nampak gembira), kata anak, kawannya hendak makan ayam goreng pun susah, kena tunggu ada majlis kenduri,” kata penjaga terbabit kepada Abdul Muiez.

Menerusi kisah ini, Sinar Bestari berharap penganjur dapat memberi sebab munasabah dengan apa yang berlaku.

Janganlah mempermainkan perasaan anak-anak yang mungkin sudah terlalu lama mahu menikmati ayam goreng McDonalds atau mungkin ada dalam kalangan mereka tidak pernah sesekali menjamah ayam goreng McDonald's itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok