![Cikgu Al-Mansour (enam dari kanan) berjaya menarik perhatian juri sekali gus diumum pemenang Hadiah Guru Global 2025.](https://www.sinarharian.com.my/sinarbestari/uploads/images/2025/02/14/3007802.jpg)
Cikgu Arab Saudi menang Hadiah Guru Global 2025
Pendidik dari Arab Saudi, Mansour Al-Mansour dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Guru Global 2025 yang baru sahaja diumumkan pada Khamis.
Menerusi kemenangan itu, beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$1 juta.
Difahamkan, Cikgu Al-Mansour merupakan guru kesembilan memenangi anugerah yang menjadi idaman semua pendidik seluruh dunia.
Beliau aktif dalam pelbagai kerja amal, mengajar dan juga seorang penulis yang hebat.
Kejayaan yang diraih ini, secara tidak langsung membuktikan kehebatannya melalui dedikasi dan usaha luar biasa dalam dunia pendidikan.
"Seorang pendidik yang hebat bukan hanya mengajar, tetapi menginspirasi, membimbing dan meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan anak didiknya," maklum warga maya.
![Cikgu Nazmi](https://www.sinarharian.com.my/sinarbestari/uploads/images/2025/02/14/3007804.jpg)
Untuk info, seramai 10 guru dari seluruh dunia terpilih pada peringkat akhir dalam Hadiah Guru Global 2025.
Selain Cikgu Al-Mansour, sembilan lagi peserta terdiri daripada Cikgu Muhammad Nazmi Rosli dari Malaysia; Cikgu Muhammad Imran Khan Mewati (India); Cikgu Subash Chandar K (New Zealand); Cikgu Brett Dascombe (Australia); Cikgu Tionge Mtambo (Malawi); Cikgu Ramon Maje Floriano (Colombia); Cikgu Celine Halle (Perancis); Cikgu Karina Sarro (Argentina) dan Cikgu Erick Hueck (Amerika Syarikat).