Kediaman ibu bapa Cikgu Hamdan (gambar belakang) dan (gambar depan), beliau dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah menuju ke SK Jementah. Foto: Sinar Harian (orang hilang).
Kediaman ibu bapa Cikgu Hamdan (gambar belakang) dan (gambar depan), beliau dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah menuju ke SK Jementah. Foto: Sinar Harian (orang hilang).

Cikgu Hamdan, seminggu tanpa khabar berita...

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
24 Feb 2025 05:11pm

Kisah kehilangan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jementah, Segamat, Johor, Cikgu Hamdan Hamzah, 46, terus mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sudah seminggu beliau hilang dan tiada sebarang petunjuk ditemui meskipun pelbagai cara telah dilakukan oleh polis dan komuniti setempat.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, usaha mencari guru terbabit juga dilakukan melalui kenalannya namun sehingga kini belum ada perkembangan diperolehi.

"Sehingga ini, polis belum menerima sebarang perkembangan dan kita cuba mengesan Cikgu Hamdan daripada rakan yang mungkin tahu keberadaannya.

"Polis sedang mengumpul maklumat dan akan menyiasat sekiranya kehilangan guru ini ada kaitan dengan masalah peribadi dihadapinya," kata Ahmad Zamry.

Terdahulu, Cikgu Hamdan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah menuju ke sekolah pada Isnin lalu.

Guru ini keluar pada jam 5.15 pagi dengan menunggang motosikal sebelum kehilangannya disedari ahli keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Tenang pada Rabu (minggu yang sama).

Sementara itu, salah seorang jiran Cikgu Hamdan dikenali Junaidah Samsudin, 60, memaklumkan, kehilangan guru tersebut hanya diketahui selepas tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

"Penduduk Felda Kemelah (tempat asal Cikgu Hamadan) bersama-sama membantu mencarinya termasuk menyusuri jalan yang kebiasaan dilalui beliau untuk ke sekolah.

"Kariah masjid juga mengadakan solat hajat agar dipermudahkan segala urusan pencarian Cikgu Hamdan," jelasnya.

Tambah Junaidah, ahli keluarga Cikgu Hamdan juga turut berusaha mencarinya hingga ke Melaka.

"Yang ini, ada penduduk beritahu...saya harap dia ditemukan segera dalam keadaan selamat," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp