Wakil barisan guru membuat persembahan sketsa Pendekar Bujang Lapok sempena sambutan Hari Guru.
Wakil barisan guru membuat persembahan sketsa Pendekar Bujang Lapok sempena sambutan Hari Guru.

Gabung dua sesi, lebih meriah: SMK Seksyen 19 rai Hari Guru cara luar biasa!

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
16 May 2025 09:11pm

Sambutan Hari Guru tahun ini membawa kelainan tersendiri apabila kedua-dua sesi persekolahan pagi dan petang bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam digabungkan.

Ia bagi memastikan sambutan tersebut berjalan dengan meriah dan bermakna.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Ahmad Nazri Ismail berkata, gabungan tersebut bukan sahaja memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah, malah memeriahkan lagi acara dengan aktiviti menarik.

“Bertemakan orang kampung, kami (cikgu) sediakan permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, basikal lambat dan beberapa lagi permainan sebenar.

“Ini secara tidak langsung merapatkan lagi ukhuwah antara murid dan guru-guru.

“Harapan saya agar guru-guru sentiasa ceria, dalam sejahtera, tenang untuk terus mendidik anak bangsa,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Murid memberi hadiah kepada cikgunya sempena Hari Guru.
Murid memberi hadiah kepada cikgunya sempena Hari Guru.

Seramai 180 guru mengenakan pemakaian orang kampung seperti memakai kain batik, kain pelikat dan mengenakan baju seperti orang tua.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, SMK Seksyen 19 mempunyai seramai 2,900 pelajar dan dipecahkan kepada dua sesi iaitu pagi (Tingkatan Satu & Dua) manakala selebihnya di sebelah petang.

Sempena acara yang gah berkenaan, beberapa orang guru memberanikan diri untuk membuat persembahan sketsa pendek bertajuk ‘Pendekar Bujang Lapok’.

Lebih mengujakan apabila persembahan spontan dan santai itu mendapat perhatian daripada semua pelajar termasuk guru-guru.

Barisan pentadbir bersama Yang Di-Pertuan PIBG, Hashim Anang (lima dari kanan).
Barisan pentadbir bersama Yang Di-Pertuan PIBG, Hashim Anang (lima dari kanan).

Dalam pada itu, Naib Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (NYDP PIBG), Sharifah Muhaiziah Syed Mustafa berkata, walaupun jumlah pelajar ramai, namun kehebatan cikgu-cikgu tersebut sangat hebat kerana mampu mengawal semua murid.

“Memang cikgu-cikgunya sangat meriah dan penuh dengan kasih sayang.

“Jadi, kerjasama kami dengan Ahli Jawatankuasa PIBG dengan cikgu-cikgu memang sangat-sangat eratlah. Alhamdulillah senang bekerjasama dengan cikgu-cikgu sini,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp