No Image Caption

Guru minta KPM isytihar cuti pelepasan sebelum dan selepas PRN

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
17 Jul 2023 02:44pm
A
A
A

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu semakin dirasai selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan baru-baru ini.

Susulan itu, sudah pasti orang ramai terutama yang berada di perantauan telah merancang mengambil cuti untuk pulang ke kampung bagi mengundi.

Namun, baru-baru ini terdapat individu bernama Shamsul Ahmad dipercayai mewakili warga guru mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas sebelum dan selepas PRN.

Menerusi portal Facebook Kami Guru Malaysia (KGM), cuti pelepasan tersebut bertujuan memudahkan urusan mereka (guru) untuk pulang mengundi.

“Mohon Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan cuti pada hari Jumaat (11 Ogos), sehari sebelum PRN pada 12 Ogos dan Isnin (14 Ogos).

“Ini bagi memudahkan urusan kami di Borneo untuk pulang mengundi. Sama-sama kita semarakkan amalan demokrasi di negara kita,” katanya dalam satu hantaran pada Ahad.

Hantaran tersebut turut dimuat naik seorang guru yang juga pempengaruh iaitu Mohd Fadli Salleh di akaun Facebooknya sebagai tanda solidariti.

Jelasnya, PRN wajar dijalankan pada musim cuti sekolah memandangkan terdapat ramai guru yang bertugas di pedalaman dan memerlukan tempoh masa yang panjang untuk pulang ke kampung.

“Guru penjawat awam paling ramai dalam kerajaan kalau tak silap. Dan semua guru layak mengundi,” kata Mohd Fadli.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok